Sunday, May 7, 2017
SIBLINGS 90: PUTERI-PUTERI MAK TOK
Hari Ahad, 30 April 2017 hari paling
bersejarah,
Buat empat puteri Salleh Khir Hajah
Rodziah,
Dengan kehadiran Saif Adam di bumi
Kedah,
Puteri bongsu bersyukur dinaikkan
darjah,
Dapat menyertai elitisme Mak Tok dengan
mudah,
Kalut mengawasi cucu dengan penuh
gundah,
Kini di alam maya kurang rancak bermadah.
30 April 2017, keempat puteri mengorak
langkah,
Sepakat berkenduri kesyukuran penuh barakah,
Setelah hasrat arwah Abang
terlaksanalah sudah,
Jemputan pewaris Saad Ekong dan Luang
Nara Borirak,
Bertahlil untuk arwah Nari, Abang, bapak
dan Ibu Hajah Rodziah,
Serta pewaris Saad Ekong dan Luang
Nara Borirak,
Yang kini tenang bersemadi di alam barzakh,
Agar sentiasa dicucuri rahmat oleh
Allah,
Ditempatkan bersama para syuhada di jannah.
Yang belum mahu berkahwin,
Contohilah mentor hebat Alin,
Membesar anak-anak penuh disiplin,
Anak digendong selembut alunan seruling.
Kepada sepupu sepapat yang masih menanti,
Jangan jemu memohon rahmat Illahi,
Semoga Allah menganugerahkan rezeki,
Balik Aloq Setaq kita buat kenduri.
Subscribe to:
Posts (Atom)