Sunday, August 30, 2009

SIBLINGS 39 : NASIHAT CHE GU

Khas untuk Che Gu,
Yang rajin nasihat selalu,
Betui cakap Che Gu,
Mana ada celaru,
It is all very true,
All the way through,
Bila makan syok selalu,
Bila sakit barulah tahu,
Tak ikut nasihat Che Gu,
Bila Che Gu pukui dengan semambu,
Barulah teriak merambu-rambu,
Sesai kemudian tak sesai dahulu.


Ada pantang berbagai pantang,
Ada yang boleh tahan pantang,
Ada yang tak boleh dilarang,
Tapi perangai lama mana boleh buang,
Siang malam pagi petang,
Bedai semua apa yang datang,
Ubi keledek ubi kentang,
Limpa, sotong atau udang,
Cendoi pulut bubuk kacang,
Atau apa-apa pun yang terhidang,
Tolak batu dengan kapal terbang,
Tak boleh tengok nak makang,
Bila kesihatan dah tunggang langgang,
Bila dah dok terlentang,
Tak boleh bergerak depan atau belakang,
Bila air mata dah berlinang,
Barulah teringat nasihat Che Gu tersayang,
Barulah teringat nak pantang,
Jadi kenalah tanya CNN yang pandai pantang,
Pantang CNN yang cemerlang dan terbilang.

2 comments: