Ibu kucing Kentoi sangat sayang dan kasih kepada anak-anaknya sepertimana Ummi sayang kepada Aisyah, Alya, Afiq dan Adli. Tiap-tiap pagi dan petang Kentoi akan memastikan ketiga anak-anaknya akan mendapat makanan yang mencukupi
Kentoi akan sentiasa memerhati anak-anaknya sepertimana Ummi memerhati anak-anaknya makan. Ketiga-ketiga anak kucing amat sayang dan kasih di antara satu sama lain. Apabila di hadapan Ummi Kentoi, mereka makan bersama-sama dan tidak bergaduh sesama sendiri.
Anak kucing yang sulung bernama Naruto sentiasa menjaga adik-adiknya sepertimana juga Aisyah menjaga ketiga-tiga adiknya, Alya, Afiq dan Adli.
Namun adik Naruto yang kecil, Boboy sepertimana Afiq adalah anak kucing yang suka merajuk sekiranya kehendaknya tidak diikuti oleh Umminya
Anak sulung, Naruto kerap juga dimarahi Umminya kerana asyik mengusik adik-adiknya Kitty dan Boboy
Naruto yang selalu dimarahi oleh Umminya akan merajuk dan membawa diri selepas makan
Atau pun Naruto akan sambung memakan makanan yang masih ada kerana sepertimana Aisyah, Naruto juga adalah anak kucing yang sangat kuat makan
Selepas makan, Naruto akan sentiasa mencuci mulutnya mengikut sepertimana yang disuruh oleh Umminya
Adik kucing yang kedua iaitu Kitty pula amat nakal orangnya sepertimana Alya juga. Dia akan lari menyembunyikan dirinya sebaik sahaja habis makan supaya ia tidak memberi peluang untuk dimarahi oleh Umminya
Kitty amat suka bersembunyi di atas sangkar jerangkap tikus yang telah rosak
Kitty yang sangat nakal macam Alya adalah anak kucing yang pertama melihat anak burung yang cedera dan tak dapat terbang.
Melihat anak-anaknya masih juga bermain dengan anak burung yang cedera itu, Umminya Kentoi memarahi mereka bertiga. Sebaliknya Ummi Kentoi meminta supaya mereka bertiga membantu anak burung yang cedera supaya dapat ia sembuh kembali dan boleh terbang semula ke angkasa.
Kitty juga cuba mengangkat anak burung yang cedera itu tetapi tidak berdaya. Abangnya Naruto dan adiknya Boboy melihat sahaja telatah Kitty yang nakal dengan nada cemburu
Dengan rasa sedih yang amat sangat dan dengan kerana takut pada Umminya Kentoi, buat sementara waktu ketiga-tiga anak kucing tidak lagi menganggu anak burung yang cedera itu
Untuk memuaskan hatinya, abang sulung Naruto memeriksa anak burung yang cedera itu untuk kali terakhir
Kitty tak mahu pergi jauh daripada anak burung yang cedera itu walau pun disuruh lagi oleh Umminya
Ummi Kentoi memarahi semua anak-anaknya supaya berbaik-baik sesama adik beradik dan jangan bergaduh sesama sendiri. Kalau ketiga mereka dapat berpakat dan berkerjasama di antara satu sama lain, sudah tentulah mereka bertiga akan dapat menyelamatkan anak burung yang cedera itu.
Tauladan dari cerita benar ini ialah apabila ketiga beradik Naruto, Kitty and Boboy tidak lagi bergaduh dan berebut-rebut sesama mereka, mereka bertiga pun dapatlah berpakat untuk memulihkan anak burung yang cedera itu. Dengan izin Allah maka akhirnya anak burung yang cedera itu pun dapatlah terbang semula ke angkasa raya.
Akhirnya anak burung yang sehat itu pun dapatlah bertemu semula dengan ibunya yang menunggu di atas tiang letrik depan rumah Mak Nina.
Terima kasih tok lid kerana hantar gambar kucing-kucing.[aisyah]Terima kasih ami cik dan mak tok kerana bagi kucing makan[alia]tak tau nak kata apa,jaga kucing afiq bagi baik-baik[afiq]
ReplyDelete