Friday, July 30, 2010

REMEMBRANCE 75 - TOKOH SUNGAI PETANI

Memohon kemaafan YAB Menteri Besar kerana tidak dapat menghadiri Majlis Perasmian


YAB Menteri Besar yang juga seorang pengidap gouts turut memhulur simpati terhadap kesakitan yang perlu ditanggung saya.

Dari kiri: Rahman Haji Salleh, Pengurus Besar (Korporat) PKNK, Syed Zain, Ridzuan Setiausaha MPSPK, YAB Menteri Besar, YB Dr. Haji Hamdan Mohd. Khalib EXCO dan Puan Rozaina Yang Dipertua MPSPK.



Ahli Panel Sesi 1
Dari kiri: Dato' (Dr.) Haji Wan Shamsuddin, Prof. Madya Dr. Mohd. Isa Othman, Dr' Zahidi : Pengerusi Panel dan Syed Zain bersama tongkat setia.

Saya hanya merenung jauh kerana ketiadaan dokumen yang hendak disemak

Dari kiri: Encik Abd Rahim Man PKNK dan YB Dato' Johari Abdul, MP Sungai Petani

Kedudukan saya dengan operator LCD



Penyampaian sagu hati yang dapat menampung kos penginapan saya di hotel

Sempena Perayaan Ulang Tahun Majlis Perbandaran Sungai Petani ke 16, suatu seminar bertajuk ‘Sejarah Perkembangan dan Pembangunan Bandar ungai Petani’ telah diadakan pada hari Khamis, 29.7.2010 bertempat di Hotel Park Evevnue, Sungai Petani. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.



Sebagai Pengerusi Koleksi Kedah, Perpustakaan Awam Negeri Kedah, saya telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan kertas kerja bertajuk ‘Tokoh Sungai Petani’ di dalam Sesi 1. Sesi pertama telah dipengerusikan oleh Dr. Zahidi Dato’ Zainol Rashid, Pengarah Perpustakaan Awam Kedah.



Dua ahli panel yang lain di dalam Sesi 1 ialah Dato’ (Dr.) Haji Wan Shamsuddin Mohd. Yusof, Pengerusi Persatuan Sejarah Cawangan Kedah dan Timbalannya Prof. Madya Dr. Mohd. Isa Othman , Pensyarah Sejarah Universiti Sains Malaysia.; Dato’ (Dr.) Wan Shamsuddin telah menyampaikan kertas kerja bertajuk ‘Sejarah Bandar Sungai Petani’ dan Prof. Madya Dr. Mohd. Isa pula menyampaikan kertas kerja bertajuk ‘Bangunan-bangunan Bersejarah’


.

Oleh kerana saya telah diserang gouts sebelum sempat menyediakan kertas kerja yang lengkap, saya hanya mampu menyediakan kertas kerja dalam bentuk slides power point. Pada petang 28.7.2010, saya telah meminta bantuan anak saya, Ezwar untuk menemani saya menginap di Hotel Park Evenue. Setelah memakan ubat tahan bengkak dan tahan sakit, saya telah rehat sepanjang malam dan meminta Ezwar untuk memperlengkapkan slide power point supaya kelihatan lebih professional.



Oleh kerana gangguan serangan gouts, saya turut terlupa membawa telefon bimbit saya bersama dimana ianya telah mengekang perhubungan saya dengan pihak Perpustakaan mahu pun MPSPK. Justru itu, saya tidaklah dapat meminta bantuan mereka untuk mencetakkan persembahan power point saya dalam bentuk handouts.


Tanpa bantuan handouts, persembahan saya hanyalah bergantung semata-mata kepada keberkesanan komunikasi saya dengan petugas projector LCD yang terletak di bawah pentas. Alhamdullillah saya telah dapat menyampaikan kertas kerja dengan sempurna disebabkan kecekapan petugas LCD di bawah pentas yang dapat membaca arahan jari saya dengan berkesan..