Tuesday, March 23, 2010
Monday, March 22, 2010
Thursday, February 25, 2010
REMEMBRANCE 71: AGONY
Adik ipar Fadil Yahaya (hadapan disebelah kanan) membawa keluar mendiang Ho Cheng Yuen dari dasar Sungai Kedah pada hari Khamis.30.09.2009.
Adik ipar Fadil Yahaya (tiga dari kanan) mengangkat keluar mangsa dari dasar Sungai Kedah pada hari Rabu, 24.02.2010.Sungai adalah nadi kepada ekonomi sesuatu masyarakat disekitarnya. Sungai adalah laluan pengangkutan air dan sungai juga adalah sumber rezeki nelayan atau pun makluk Allah yang lain. Namun sungai juga adalah tempat persemadian mangsa-mangsa yang malang. Mangsa yang tidak dapat menghayati kekuatan dan keutuhan sungai sehingga akhir hayatnya.
Pada hari Khamis, 30.09.2009 Encik Ho Cheng Yuen telah menemui ajalnya apabila tergelincir ke dalam Sungai Kedah berhadapan Tongkang Yard dengan kerana hanya hendak menyelamatkan telefon bimbitnya yang terjatuh ke dalam Sungai Kedah.
Pada hari Rabu, 24.02.2010 , seorang mangsa lagi telah menemui ajalnya apabila beliau terjun ke dalam Sungai Kedah berhampiran kawasan rekreasi Taman Jeragan, Ampang Jajar. Mangsa telah terjun ke dalam sungai tersebut apabila dikejar oleh pengawal-pengawal keselamatan setelah beliau gagal di dalam cubaannya memecah masuk sebuah stor pembinaan di Taman Seri Indah, Ampang Jajar.
Kedua-dua mangsa nampaknya gagal menghargai nilai nyawa mereka berbanding dengan nilai sebuah telefon bimbit atau tahap hukuman yang mungkin dihadapi jika bersabit dengan kesalahan cuba mencuri. Walau bagaimana pun, saya amat menghargai dan mengkagumi di atas dedikasi anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang perlu menghadapi cabaran dan risiko untuk membawa keluar mayat mangsa-mangsa ini dari dasar sungai. Oleh yang demikian, saya tabik kepada adik ipar saya, Fadil Yahaya yang terlibat secara langsung di dalam operasi mencari kedua-dua mangsa tersebut. Syukur kepada Illahi di atas limpah rahmatnya adik ipar saya dapat menyempurnakan tugasnya dengan selamat.
Monday, February 22, 2010
REMEMBRANCE 70: END OF A LEGACY
Kisah sedih telah menyelubungi keluarga Tam dan Kentoi di Taman Tunku Mahmud, Pumpong. Keluarga Tam dan Kentoi telah kehilangan semua anak mereka pada awal bulan Februari 2010. Tam dan Kentoi mempunyai tiga anak iaitu Naruto (jantan), Tumpok atau Boboy (betina) dan Kitty (betina). Bapa mereka, Tam telah mati pada 19.09.2009. Kitty telah menghilangkan diri pada musim cuti penggal sekolah yang lalu apablia trauma selepas Nor Alia mendukungnya apabila Kitty masuk ke rumah.
Pada hari Selasa, 2.2.2010 Tumpok telah menghembus nafas terakhirnya di bawah naungan pokok bunga Tok Man. Pada hari Sabtu, 20.2.2010 pula, Naruto telah menghembus nafas terakhirnya di tepi parit belakang rumah. Dengan kematian Naruto, maka berakhirlah jurai keturunan Tam dengan kerana semua tiga anaknya telah mati sebelum meninggalkan zuriat mereka.
Dengan rahmat Allah, maka Kentoi telah melahirkan tiga anak pada 19.2.2010 yang berbapakan Pak Abu. Ketiga anak comel ini menunggu kepulangan Nur Aisyah, Nur Alia dan Afiq pada cuti penggal persekolahan akan datang untuk memberi nama kepada mereka bertiga.
Namun takdir telah menentukan bahawa 2 ekor anak kucing tidak dapat melihat wajah Nur Aisyah, Nur Alia, Mohd. Amir Afiq dan Mohd. Amir Adli pada cuti penggal persekolahan nanti dengan kerana seekor telah meninggal pada 05.03.2010 dan seekor lagi telah meninggal pada 06.03.2010ma
Subscribe to:
Comments (Atom)