Pada hari Isnin 16.11.2009, hujan turun dengan lebat di Negeri Kedah dan ianya menyebabkan banjir di di sebahagian Pekan Alor Setar.
Parit longkang depan rumah Mak Tok pun mula dinaiki air
Parit longkang yang mengalir air ke sungai juga mula dinaiki air. Ummi mereka Kentoi pun berpesan kepada Naruto, Kitty dan Boboy supaya jangan bermain-main di tepi parit longkang takut mereka nanti jatuh ke dalam longkang. Oleh kerana mereka masih kecil, jika terjatuh tentulah sukar bagi mereka hendak naik semula
Boboy berkata dia tak peduli kata-kata kakaknya Kitty dan mengancam untuk bermain di hadapan rumah Mak Tok di tepi parit longkang.
Oleh kerana Boboy bantah nasihat umminya, Kentoi supaya jangan bermain di tepi parit longkang telah tersilap langkah dan terjatuh ke dalam parit longkang. Boboy terus dibawa arus air yang deras pada petang hari Isnin, 16.11.2009. Walau pun Boboy berteriak meminta tolong tetapi suaranya tidak dapat didengar lagi.
Umminya Kentoi yang sarat mengandung pun bersusah hati kerana Boboy tidak kembali pada hari Selasa dan Rabu. Kentoi telah mencari-cari di sekitar rumah-rumah jiran Mak Tok. Kentoi pun meminta tolong Mak Tok untuk mencari Boboy.
Mak Tok pun mencari di merata tempat tetapi tidak juga berjumpa. Mak Ngah dan Ami Chik turut mencari tetapi tidak juga berjaya. Mak Tok turut menangis bersama dengan Kentoi. Selepas setiap kali sembahyang, Mak Tok pun turut berdoa kepada Allah supaya Boboy dapat pulang ke rumah Mak Tok.
Mak Tok pun meminta tolong kepada Ummi yang sedang bersiap sedia untuk ke Genting Highlands supaya Boboy dapat kembali. Mak Tok sangat risaukan Afiq yang sudah pun membeli bola untuk bermain dengan Boboy bila pulang ke Alor Setar. Afiq telah berpesan kepada Mak Tok supaya menjaga Boboi dengan baik-baik. Bagaimanakah Mak Tok nak beritahu Afiq bahawa Boboy telah hilang entah ke mana. Mak Tok terus menangis lagi mengenang nasib Boboy yang entah bagaimana.
Doa Mak Tok dan Ummi yang ikhlas telah dimakbulkan oleh Allah jua. Setelah hilang selama dua hari (17.11.2009 hingga 18.11.2009) tiba-tiba Boboy telah muncul semula pada hari ketiga iaitu pada hari Khamis 19.11.2009. Boboy duduk termenung di tepi rumah Mak Tok takut dimarahi umminya Kentoi.
Bila melihat Boboy, umminya Kentoi terus memarahi Boboy dengan kerana ingkar tidak mendengar nasihat umminya Kentoi.
Umminya Kentoi berterima kasih kapada Jururawat-jururawat Kedah Medical Center yang tinggal di tepi Sungai Anak Bukit yang telah menunjukkan arah kepada Boboy untuk pulang ke rumah Mak Tok.
Boboy pun mendengar kemarahan umminya Kentoi dengan berdiam diri sambil menitiskan air matanya.
Melihat umminya Kentoi yang begitu marah, abang sulung Naruto pun menghampiri umminya Kentoi dan meminta umminya supaya bersabar.
Umminya Kentoi tidak peduli dengan rayuan Naruto dan terus beredar dengan nadanya yang marah.
Boboy pun terus menangis dan menangis serta meronta-ronta di atas lantai di samping kakaknya Naruto yang turut juga menangis.
Boboy pun termenung mendengar kata abangnya Naruto dan terus melompat ke atas meja mengikut jejak langkah kakaknya Kitty.
Kakaknya Kitty pun berkata kepada adiknya Boboy supaya jangan lagi ingkar nasihat umminya Kentoi. Sekiranya terus berbuat demikian, diri mereka sendiri yang akan menerima kesusahan nanti.
Mereka bertiga pun turun bermain di bawah pokok pines di hadapan rumah Mak Tok.
Anak-anak yang sentiasa patuh kepada nasihat Ummi dan suruhan Allah akan diberkati dan dirahmati Illahi.
Boboy pun berjanji kepada abangnya Naruto dan kakaknya Kitty bahawa dia tidak akan lagi meingkari nasihat umminya Kentoi di masa hadapan. Insya Allah.
apa ni duk cita pasai kucing saja ni. buat la blog pasai kucing saja. blh la bubuh nama blog kedah boy
ReplyDeleteSalam. Boleh buat cerita untuk buku cerita kanak2. Sangat best! :)
ReplyDelete