Sungai adalah nadi kepada ekonomi sesuatu masyarakat disekitarnya. Sungai adalah laluan pengangkutan air dan sungai juga adalah sumber rezeki nelayan atau pun makluk Allah yang lain. Namun sungai juga adalah tempat persemadian mangsa-mangsa yang malang. Mangsa yang tidak dapat menghayati kekuatan dan keutuhan sungai sehingga akhir hayatnya.
Pada hari Khamis, 30.09.2009 Encik Ho Cheng Yuen telah menemui ajalnya apabila tergelincir ke dalam Sungai Kedah berhadapan Tongkang Yard dengan kerana hanya hendak menyelamatkan telefon bimbitnya yang terjatuh ke dalam Sungai Kedah.
Pada hari Rabu, 24.02.2010 , seorang mangsa lagi telah menemui ajalnya apabila beliau terjun ke dalam Sungai Kedah berhampiran kawasan rekreasi Taman Jeragan, Ampang Jajar. Mangsa telah terjun ke dalam sungai tersebut apabila dikejar oleh pengawal-pengawal keselamatan setelah beliau gagal di dalam cubaannya memecah masuk sebuah stor pembinaan di Taman Seri Indah, Ampang Jajar.
Kedua-dua mangsa nampaknya gagal menghargai nilai nyawa mereka berbanding dengan nilai sebuah telefon bimbit atau tahap hukuman yang mungkin dihadapi jika bersabit dengan kesalahan cuba mencuri. Walau bagaimana pun, saya amat menghargai dan mengkagumi di atas dedikasi anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang perlu menghadapi cabaran dan risiko untuk membawa keluar mayat mangsa-mangsa ini dari dasar sungai. Oleh yang demikian, saya tabik kepada adik ipar saya, Fadil Yahaya yang terlibat secara langsung di dalam operasi mencari kedua-dua mangsa tersebut. Syukur kepada Illahi di atas limpah rahmatnya adik ipar saya dapat menyempurnakan tugasnya dengan selamat.