Sunday, May 16, 2010

SAHOCA 26: TEACHERS' DAY

KHAS UNTUK PAK CHOY, GURU BERSARA


Kepada guru yang telah banyak berjasa,

Yang telah mendidik anak bangsa,

Menjadi khazanah nusa dan bangsa,

Kini sibuk mendidik anak cucu pula,

Bukanlah mudah nak mendidik manusia,

Lebih mudah lagi mendidik anak rusa,

Sekarang barulah Pak Choy rasa,

Kena buli dek cucu setiap masa,

Pak Choy hanya boleh bersara fizikal sahaja,

Janganlah pula bersara di minda,

Nanti rosak binasa ditelan masa,

Buat Haji Yaacob gelak ketawa,

Janganlah marah, hanya melawak saja,

Di Hari Guru, hari yang mulia,

Khas untuk Pak Choy, Guru bersara.

16.05.2010

1 comment: