Thursday, July 9, 2009

TEMPAHAN KEK LAPIS SARAWAK UNTUK RAYA

(Sila klik pada gambar untuk besarkan gambar)

Tempoh Tamat Tempahan : 31 Julai 2009

Sila Hubungi : Marini (019-4627546)


Kepada Mak Suna Seorang Pengasih,
Bolehkah Raya Tanpa Kek Lapis,
Silalah Pesan Sebelum Kek Habis,
Sekian Saja Terima Kasih.

Wednesday, July 8, 2009

NUR HIDAYAH 5

5

Hari Sabtu, 2 April 1982 adalah tarikh keramat yang sentiasa terpahat di dalam ingatan Afiq. Pada pagi yang amat bersejarah bagi Afiq, Pak Ali, bapa kepada Johari telah mengupah Afiq untuk memanjat dan memetik buah-buahan seperti manggis, langsat dan rambutan. Buah-buah durian yang telah gugur pada sebelah malamnya telah pun dihimpunkan oleh Afiq di atas serambi rumah Pak Ali. Manakala buah-buahan yang lain Afiq lunggukkan di atas pangkin buluh yang dibina khas oleh Pak Ali untuk menyambut kepulangan anaknya Johari.

Pak Ali juga telah membina kerusi-kerusi panjang yang diperbuat daripada buluh yang ditempatkan bersebelahan dengan pangkin buluh serta juga di bawah pokok manggis. Pak Ali telah menjemput Imam, Haji Dahlan dan jiran-jiran terdekat untuk sama-sama menyambut kepulangan Johari di samping menjamu selera dengan buah-buahan yang telah dihimpun oleh Afiq.

Menjelang pukul sepuluh pagi, Afiq sudah pun selesai menyempurnakan tugasnya. Semua buah-buahan yang dipetiknya telah ditempatkan di atas pangkin buluh. Mak Cik Hasinah juga telah menyediakan pulut kukus, kelapa parut berserta ikan tamban tergeliat goreng. Mak Cik Hasinah selalu menceritakan kepada Afiq bagaimana anaknya Johari amat gemar sekali memakan pulut kukus, kelapa parut ikan tamban masin. Makanan inilah yang menjadi menu tetap Johari sebelum pergi ke sekolah.

Mak Cik Hasinah duduk di salah satu bangku panjang buluh di tepi pangkin buluh sambil menghisap rokok daun yang dibalutnya sendiri. Sambil menghembuskan kepulan asap rokok daun, pemikiran Mak Cik Hasinah merenung jauh mengenang nasib dirinya. Banyak hartanya telah dikorbankan bagi menampung keperluan Johari semasa menuntut ilmu sehingga ke peringkat ijazah Arkitektur di Universiti Victoria, Wellington, New Zealand.

Selepas memperolehi ijazah, harapan terpendam Mak Cik Hasinah ialah hendak menjodohkan Johari dengan Esah anak Pak Man Dagu. Esah adalah seorang guru berijazah yang mengajar di Kolej Sultan Abdul Hamid. Kesantunan dan kejelitaan Esah amat memikat hati Mak Cik Hasinah . Namun harapan Mak Cik Hasinah lebur berkecai apabila menerima surat daripada Johari yang menyatakan bahawa beliau telah pun berkahwin dengan mem di New Zealand.

Johari sudah pun kembali ke Malaysia dua minggu yang lalu, tetapi baru hari ini Johari hendak menjejak kaki di kampong. Alasan Johari ialah beliau terlalu sibuk mencari rumah dan menguruskan kerja barunya. Walau pun berat sekali bagi Mak Cik Hasinah untuk menerima hakikat bahawa beliau bermenantukan seorang mem, namun Mak Cik Hasinah dan Pak Ali tetap membuat persiapan untuk menyambut kepulangan anak tunggalnya bersama menantu mem.

Bilik rumah yang hanya satu itu telah pun diperbaiki dan dicat semula untuk menyambut anak menantu. Kain langsir juga ditukar dengan kain cit warna kebiruan yang telah dibeli di Pekan Nat Tanah Merah. Afiq juga turut membantu Pak Ali membina jamban curah dan bilik air tiada berbumbung yang baru di luar rumah. Jamban yang lama sudah tentulah amat tidak sesuai dengan menantu mem.

Mak Cik Hasinah masih asyik mengelamun jauh meniti kepulan asap rokok daun yang dihisapnya. Bagaimanakah rupa dan perangai anak menantu aku. Apakah menantu aku akan memalukan keluarga atau pun sebaliknya. Beberapa jiran terdekat telah pun duduk di pangkin buluh menanti kepulangan anak kampong yang amat dikagumi oleh setiap penduduk kampong. Joharilah anak kampong pertama lepasan universiti dan beliaulah yang menjadi model kejayaan bagi setiap anak kampong Kelubi.

Sunday, July 5, 2009

REMEMBRANCE 31: A NEW MAN

Fareez and Hindon


Faiz and Hindon with the betel leaf container on the ground

On Sunday (05.07.2009), Hindon, Faiz and Fareez stopped by at our house. Hindon has brought Fareez for a scheduled medical check up with Dr. Ridzuan at KMC. Since there were less occurrence of seizure over the last few months, Dr. Ridzuan has advised Fareez to stop taking his preventive medicine. Apart from that, Dr. Ridzuan has informed Hindon that after the age of 15 years, the probability of getting seizure will be less to the level of zero.

Without the cloud of uncertainty hovering over his head, Fareez would then be a new man reborn. Surely Fareez could face his coming SPM Examination next year with more confidence. Faizal has already become a new man when he decided to depart from the academic world and joined UNIMAPS.

Apart from Fareez, Faiz would also be a new man when the family of Syed Putra would ceremoniously ask for the hand of Siti Fairuz on Saturday, 01.08.2009. With Siti Fairuz joining the UNIMAPS family of Hindon, then we would have three gems (the meaning Fairuz in Arabic) in the family of Syed Abdullah. We do sincerely hope that all the gems would add much needed glitter to the family.








Saturday, July 4, 2009

SIBLINGS 30 ; END OF A SAGA

After the 2008 SPM results were out, there seemed to exist Post SPM dilemmas among the descendants of Syed Abdullah and Mohd. Salleh Khir. Post SPM dilemmas emerged when the results for their pursuance of their tertiary education were out.

You would not have a dilemma if you have no choice but to pursue the only course available to you. The dilemma would show its ugly head when there were multiple choices available and the candidate was not of a strong in character and also not a firm decision maker. A candidate with strong character and very focus in his/her ambition would surely decide on the course he/she would take based on very minimal advice from others. Then the parent would have no choice but to follow suit in supporting the choice of their son/daughter. .

Problems would arise when the candidate who has the pleasure of multiple choices but does not posses strong character as well not having a clear and very focus on his/her ambition in life. Then he/she would have to lean on others to decide for him/her. The dilemma would then be exaggerated further if the parents were over protective of their children irrespective of their children actual capabilities. They even forget that the entry into the tertiary education was just the beginning of the education journey and yet they were already talking about doing the post graduate studies.

Children are Allah’s gifts to us and we must be thankful that Allah has given us healthy adoring children but with different mental capabilities. Some would travel on a highway in the journey of their life. Some have got to travel by the old winding roads. Whichever journey of life that they have taken, yet they would eventually arrive at their destination. Maybe those who travel on the highway would arrive faster but those who travel on the old winding road would arrive later but surely they would have fine solace in enjoying the beautiful scenery along the way.

The post SPM dilemma would turn its ugly head if the person who has given sincere advice would be misunderstood as belittling their son/daughter. The ugly head would turn into a time bomb when the adverse feelings of belittling their children were conveyed to the person who has given the advice.

Although there were some ripples on the level of sincerity on the part of the advisers, yet Mohd. Salleh Khir’s descendants did not suffer the catastrophe because they were wise not to convey the feeling of unpleasantness of the advisee to the adviser. Even some of them were very much wiser in not displaying their true actual feelings.

Whereas on the Syed Abdullah’s family, it was rather unfortunate that the feeling of unpleasantness of the advisee was conveyed to the adviser. The adviser was so disgusted with the adverse feelings of her sister because she has given a genuine sincere advise based on her experience and also on the true feeling of love for her nephew. All her good deeds to her nieces previously were gone to waste if her sincere advice has been misunderstood. Only Allah would know whether a person is sincere or otherwise.

As for me, I have survived the Post SPM dilemmas because I played a safe game in not trampling on the dirty wrong path. I think the post SPM dilemma saga would end naturally when all the candidates has settled comfortably in their chosen tertiary course. We do hope that everybody would arrive at the finishing lines triumphantly. Insya Allah.

NUR HIDAYAH BAB 4


Dialog kelmarin dengan Johari masih lagi berdengung di telinganya. Afiq masih tidak dapat memikirkan justifikasi ke atas keputusannya sendiri. Mengapa dengan begitu mudah sekali, beliau telah bersetuju untuk mengikat dirinya dengan satu ikatan yang belum pasti lagi kesudahannya. Mengapa dengan mudah beliau mengenakan pakaian Melayu sedondon puteh bersamping benang emas dan memandu kereta Volvo S 80 ke rumah “Seri Idaman” di Shah Alam.

Bila Afiq menghimbau pemikirannya jauh ke belakang, barulah Afiq terasa sekali bahawa Johari sememangnya amat berjasa sekali kepada dirinya. Joharilah yang tanpa berfikir panjang telah menghulurkan talian hayat kepadanya sehinggakan Afiq dapat memperolehi taraf kehidupan yang sempurna. Kalau diambil kira itu semua, pengorbanannya untuk berkahwin dengan Aleeya adalah umpama sekadar menuang setitik air di lautan luas.

Masih terbayang dengan jelas pertama kali Afiq dipertemukan dengan Johari pada tahun 1982. Ketika itu, Afiq baru sahaja berumur 12 tahun dan masih bersekolah di Darjah 6, Sekolah Kebangsaan Jitra. Afiq tidak sempat melihat wajah ayahnya dengan kerana arwah ayahnya telah hilang di laut semasa ibunya baru enam bulan mengandung Afiq. Ibu Afiq pula telah meninggal dunia di patuk ular tedung sela ketika mencari rebung hutan di kaki Gunung Jerai. Ketika itu, Afiq baru sahaja berumur lima tahun.

Selepas kematian ibunya, Pak Cik Mansur, abang kepada ibunya telah membawa Afiq tinggal bersamanya di Kampung Kelubi. Pak Cik Mansur adalah seorang duda beranak dua. Arwah isteri Pak Chik Mansur adalah kakak kepada Pak Ali. Kedua anak lelaki Pak Chik Mansur telah pun berkahwin dan bermastautin di Pekan Langgar dan di Kota Sarang Semut. Untuk memperkasakan Afiq bagi menghadapi cabaran dunia di dalam usia yang begitu muda, Pak Cik Mansur telah mula mengasah Afiq supaya berdikari pada usia yang baru bertunas rebung. Bukan setakat kerja-kerja di lapangan, tetapi Afiq juga telah diasuh supaya mampu menguruskan keperluan domestik di rumah

Walau pun sumber pendapatan Pak Cik Mansur tidak menentu dan amat terhad sekali, namun Pak Cik Mansur tetap menggalakkan Afiq untuk meneruskan pelajarannya. Falasafah Pak Chik Mansur ialah pendidikanlah faktor utama yang yang akan menentukan mobiliti sosial Afiq pada masa depan. Pak Cik Mansur juga menasihati Afiq supaya sentiasa ringan tulang dan nescaya Allah akan memberkati insannya yang rajin berusaha

Pak Cik Mansur juga telah melengkapkan diri Afiq dengan pelbagai kepakaran asas hidup seperti memanjat pokok buah-buahan, mengerjakan tanah, menangkap ikan, pertukangan asas dan pelbagai kerja-kerja lain. Dengan kebolehan serba boleh ini, Afiq sentiasa diperlukan oleh penduduk-penduduk kampong untuk membantu kerja harian mereka selepas waktu persekolahannya. Di sebelah malam pula, Afiqlah yang menjadi bilal di surau. Walau pun di dalam keadaan yang serba kekurangan, Pak Cik Mansur tidak pernah meminta hasil yang diperolehi Afiq melalui berbagai kerja yang diusahakan oleh Afiq.








NUR HIDAYAH BAB 3

Keceriaan jelas terpancar di wajah Johari yang menggambarkan kepuasan hatinya bahawa suatu bebanan besar telah terangkat daripada bahunya. Johari Cuma boleh berdoa dan terus berdoa bahawa segala hasrat murninya diberkati Allah s.w.t.

“Afiq, Pak Joe bersyukur kepada Illahi dan Pak Joe amat terhutang budi kepada Afiq. Pak Joe harap Afiq bincanglah baik-baik dengan Aleeya dan cari jalan yang sebaik-baiknya demi untuk keharmoniaan rumah tangga Afiq nanti. Pak Joe yakin bahawa Aleeya akan menjadi seorang isteri yang baik kepada Afiq. Pak Joe yakin Afiq tidak akan menyesal dengan keputusan Afiq,” Johari meluahkan keyakinannya terhadap Aleeya.

“Afiq, memandangkan kepada Pak Joe yang hanya nyawa-nyawa ikan sahaja, Pak Joe bercadang untuk mengadakan majlis akad nikah pada esok hari. Bagaimana pandangan Afiq,” Johari meminta kepastian Afiq.

“Tuan, sepertimana saya katakan di awal-awal lagi, saya akan menurut sahaja cadangan. Elok untuk Pak Joe, eloklah juga untuk saya,” Afiq memberi keyakinan kepada Johari.

“Alahamdullillah, sekiranya Afiq berpendapat begitu. Untuk majlis akad nikah esok, jika diizinkan Allah, Hasrat Pak Joe ialah Pak Joe sendiri akan menyempurnakan akan nikah. Majlis akad nikah akan dilangsungkan pada jam 4.00 petang di rumah Pak Joe, Seksyen 7, di Shah Alam. Afiq datanglah awal supaya dapat berbincang dengan Aleeya mengenai syarat-syarat pra-pernikahan. Semua urusan majlis akad nikah Pak Joe akan uruskannya dan Afiq perlu bawa badan sahaja. Afiq sedialah belanja mas kahwin sebanyak RM 1,111.11 dengan sebentuk cincin berlian. Macam mana ?, Afiq bolehkah sedia semua benda tu,” Johari memberi cadangan mengenai cadangan program majlis pernikahan besoknya.

“Insya Allah Tuan, saya akan sediakan sepertimana Tuan kehendaki,” Afiq memberi jaminan kepada Johari.

“Afiq, Pak Joe bersyukur dan rasa amat bertuah sekali kerana dipertemukan Allah dengan Afiq. Dengan bertemu Afiq, Pak Joe rasa beban yang Pak Joe pikul selama ini telah dapat dikurangkan. Nampaknya dapatlah Pak Joe meninggalkan alam yang fana ini dengan aman dan tenteram,” Johari meluahkan perasaan kelegaannya.

“Tuan, Afiq pun turut bersyukur. Tanpa Tuan, saya pun tak tahu di manakah saya berada pada hari ini. Mungkin merempat di kampong tanpa sebarang haluan atau pun mungkin berada di dalam penjara,” Afiq memperakui rasa kesyukurannya kepada Johari.

“Afiq tidaklah boleh bercakap begitu, dengan kerana hidup kita ini adalah mengikut ketentuan Allah. Dah lama kita berbincang dan Pak Joe minta Afiq memaafkan Pak Joe kerana Pak Joe telah menyusahkan Afiq. Pak Joe juga dah penat dan tidak boleh bercakap panjang-panjang lagi. Pak Joe perlu berehat sekarang. Assalamualaikum,” Johari mematikan percakapannya dan menggengam erat tangan Afiq dan terus menutup kedua matanya untuk berehat.

“Waalaikumsallam, saya juga pohon maaf kerana mengganggu Tuan. Tuan berehatlah dan saya pohon mengundur diri dahulu,” Afiq melepaskan genggaman pada tangan Johari dan terus berundur keluar perlahan-lahan.



SIBLINGS 29 : CUKUR JAMBUL

The arrival of a truck load of the best durians in Kedah
Syed Johan with the help of his right hand man, Salleh (Kak Syam's son in law)
supervising the inticate unloading of the king of fruits

Although it was not a school holiday, yet we have got to fulfill three invitations for the ceremonial cutting of their grandchildren’s turf (cukur jambul) and one wedding feast namely:

1. Dato’ Bijaya Indera, Dato’ Paduka Haji Syed Unan Mashri at Rizalia, Pumpong. I believe that his grand son’s name is one the longest in the country i.e. Syed Ahmad Khalish Abqari Shahabudin.
2. Dato’ Haji Abdul Halim bin Hassan’s three grand children at Taman Seri Negeri, Pumpong. @ Maryam Hanum, Muhamad Hanif Taib and Hawa Hanum.
3. Hajjah Faridah Hamid at Taman Mahkota.
4. Wedding feast of Haji Marzuki Ariffin’s son at 2986 A, Lebuhraya Sultanah Bahiyah.

We have to divide our time properly so as not to burden our stomachs unnecessarily. As Kedah is still in the fruiting season, both Dato’ Paduka Syed Unan Mashri and Dato’ Halim serve durians as the desserts. Deserving as the king of fruits, the guests were still clamouring for the durians despite being served with the best of rice such bryani and nasi Arab with mutton prepared Mat Taliban.