Thursday, September 3, 2009

NUR HIDAYAH 12

12

Selepas menamatkan pengajiannya, Hanim masih terus menetap di New Zealand selama dua tahun lagi bagi maksud menemani Afiq. Hanim juga turut berkerja dengan sebuah firma akitek rakyat Malaysia yang telah pun mendapat status penduduk tetap New Zealand. Afiq juga mengakhiri perhubungan intimnya dengan Hanim di jinjang pelamin. Setahun kemudian, Puan Hanim melahirkan Nur Aisyah.

Apabila tamat pengajiannya setahun kemudian, Afiq juga turut berkerja dengan sebuah firma akitek rakyat New Zealand. Setelah Nur Aisyah berumur setahun, Afiq sekeluarga mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Selepas berkerja selama dua tahun dengan firma akitek yeng terkemuka di Kuala Lumpur, Afiq dan Hanim telah menubuhkan firma akitek sendiri yang diberi nama Nur Hidayah Associates. Firma akitek mereka memberi pengkhususan kepada reka bentuk bangunan dan landskap Islam Global.

Apabila pulang ke Malaysia dan dengan persetujuan semua ahli-ahli, Afiq telah melanjutkan usaha murni Yayasan Nur Hidayah untuk kepentingan anak-anak yatim di Malaysia pula. Aktiviti murni Yayasan Nur Hidayah di New Zealand masih diteruskan oleh pelajar-pelajar yang masih berada di sana tetapi aktivitinya tidaklah serancak sepertima semasa diterajui oleh Afiq. Anak-anak yatim yang telah berjaya di dalam profesyen masing-masing dan pulang ke Malaysia masih tetap memberi sokongan padu kepada usaha-usaha murni Yayasan Nur Hidayah di Malaysia. Tanpa paksaan, mereka masih memberi sumbangan bulanan 5 % daripada hasil pendapatan mereka kepada Yayasan.

Selain daripada memberi perkhidmatan asas khususnya pinjaman untuk pendidikan dan perusahaan-perusahan kecil, Yayasan Nur Hidayah telah menerokai bidang pembekalan barangan halal melalui pesanan internet. Aktiviti ini bermula di kawasan Lembah Klang dan jika ianya mendapat sambutan yang menggalakkan, Afiq bercadang supaya ianya diperluaskan melalui sistem francais ke seluruh Negara. Hampir keseluruhan tenaga pengurusan dan pekerja-pekerja utama Yayasan Nur Hidayah adalah terdiri daripada anak-anak yatim.

Pekerja-pekerja Yayasan Nur Hidayah yang berminat juga diberi peluang untuk menambahkan pelajaran melalui pemberian subsidi atau pinjaman daripada Yayasan. Setiap anak-anak yatim yang telah mendapat kemudahan untuk melanjutkan pelajaran adalah dikehendaki menyumbang kembali kepada Yayasan melalui bayaran balik pinjaman dengan dikenakan bayaran perkhidmatan pada kadar 5 %. Pihak Yayasan tidak mengadakan kontrak yang formal dengan peminjam-peminjam. Pinjaman dikeluarkan hanya berasaskan kepada majlis akad pinjaman bertempat di masjid yang disaksikan oleh Tuan Imam Masjid.

Afiq amat berpuas hati dengan prestasi pembayaran balik pinjaman kepada Yayasan. Hampir sembilan puluh lima peratus daripada anak-anak yatim yang telah menerima faedah daripada tabung Yayasan telah membayar kembali bayaran pinjaman. Mereka juga turut memberi sumbangan wang, tenaga dan pemikiran kearah memantapkan lagi prestasi Tabung Nur Hidayah. Dengan amanah yang begitu berat yang terpaksa dipikulnya, Afiq sentiasa berdoa ke hadrat Illahi semoga dirinya dikuatkan iman dan segala usaha murni Yayasan mendapat keberkatannya.

No comments:

Post a Comment