Monday, July 20, 2009

NUR HIDAYAH 7

7

Keesokan harinya, tepat jam 9.00 pagi, Afiq sudah pun berada di rumah Pak Ali. dengan berpakaian baju puteh berlengan panjang dan berseluar panjang warna hitam. Elok buruk, hanyalah itulah sepasang pakaian selain daripada pakaian sekolah yang Afiq ada. Selepas makan pulut kukus kalapa parut dan ikan tamban tergeliat goreng, Afiq diajak Johari menaiki Land Rover Discovery untuk ke Pekan Jitra.

“Adakah Afiq berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,” soalan pertama Johari kepada Afiq.

“Ya, Tuan. Saya amat berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya diberi peluang. Tapi saya rasa agak susah untuk bersekolah di peringkat menengah nanti. Afiq perlu berkerja secara sambilan untuk menampung perbelanjaan seharian,” Afiq mencurahkan rasa kebimbangannya.

“Afiq jangan susah hati mengenai perbelanjaan. Pak Joe sanggup tanggung perbelanjaan Afiq sehingga ke peringkat mana pun yang Afiq boleh capai. Pak Joe boleh bantu Afiq sekiranya Afiq dapat memenuhi syarat-syarat Pak Joe,” Johari memberi keyakinan kepada Afiq.

“Terima kasih di atas kemurahan hati Tuan. Syarat-syarat apa pula yang perlu saya tunaikan,” Afiq meminta kepastian.

“Pak Joe bagi empat syarat kepada Afiq. Pertama Afiq mesti sentiasa cemerlang di dalam peperiksaan iaitu Afiq mesti dapat kurang daripada nombor 5 dalam kelas. Kedua Afiq mestilah membantu pelajar-pelajar khususnya anak yatim dan anak-anak kampung yang lemah pemikiran untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Ketiga Afiq mesti taat dan bertakwa kepada Allah. Akhir sekali, Afiq mestilah bantu kedua orang tua Pak Joe apabila mereka memerlukannya. Afiq boleh berjanji dengan Pak Joe tak,” Johari meminta pengesahan daripada Afiq.

“Tuan, dengan izin Allah, saya yakin akan dapat menyempurnakan keempat-empat syarat yang Tuan tetapkan,” Afiq memberi pengakuan dengan penuh keyakinan.

“Alhamdullillah, Pak Joe amat kagum dengan keyakinan Afiq. Pak Joe nak tanya Afiq, apakah cita-cita Afiq,” Johari cuba mencungkil pendirian Afiq.

“Kalau saya dapat keputusan baik dalam UPSR, saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama. Kemudian saya bertekad untuk mengikut jejak langkah Tuan iaitu menjadi seorang akitek,” Afiq menghuraikan cita-cita terpendamnya.

“Pak Joe amat bersetuju dengan matlamat hidup Afiq. Untuk memulakan perjuangan hidup Afiq, Pak Joe akan sumbangkan wang sebanyak RM 300.00 untuk Afiq buka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional di Jitra. Kemudian Afiq hendaklah menghantar laporan kemajuan pelajaran Afiq kepada Pak Joe setiap bulan di alamat P.O.Box 2446, Kuala Lumpur. Apabila Pak Joe dapat sahaja laporan kemajuan pelajaran Afiq, Pak Joe akan masukkan duit setiap bulan ke dalam akaun BSN Afiq.” Johari memberi jaminan kepada Afiq sambil menghulurkan tiga keping wang kertas RM 100.00

“Terima kasih Tuan. Saya beri jaminan kepada Tuan bahawa saya tidak akan menghampakan Tuan, Insya Allah,” Afiq memberi jaminan sambil tangannya terketar-ketar mengambil wang kertas bernilai begitu besar yang belum pernah dilihatnya selama ini.

“Sekarang Pak Joe tinggalkan Afiq di Bank Simpanan Nasional dan Afiq bukalah akaun simpanan Afiq di situ. Kalau Afiq tak tahu cara hendak membuka akuan simpanan, jangan malu-malu untuk bertanya. Selepas selesai, Afiq tunggu di Bank sehingga Pak Joe datang jemput Afiq,” Johari memberi arahan kepada Afiq.






No comments:

Post a Comment