Monday, December 21, 2009

REMEMBRANCE 59: SARAWAK LAKSA

Wan Mansur dan gadis suntinya Amalina menyerang hebat akan satay dan laksa Sarawak


Farli juga perlu mengekalkan idenditinya sebagai pemakan yang handal

Bilah-bilah satay yang merentang meja tidak menjadi halangan besar kepada Mek Tet


Nampaknya perlawanan akhir adalah di antara bapa dan anak yang sama-sama mengancam


Saya hanya mampu menunggu dengan bantuan tongkat


Dari kiri: Kak Teh, Hajjah Mariah dan Zam mengimbau kembali kenangan lama semasa di MADA


Ibu dan anak juga tidak mudah mengalah


Begitu juga dengan pasangan bapa dan anak yang masih bertahan


Keluarga Mokhtar dan Rohani turut juga tidak mahu melepaskan peluang


Nampaknya tidak ada noktah untuk Mek Tet


Saya hanya mampu menjaga kuih sahaja


Telenovela Nur Kasih episod terakhir melekangkan diri mereka dari meja makan



Sahsha yang kerdil turut mengikuti telenovela Nur Kasih episod terakhir


Kedua gadis sunti cucu Hajjah Rodziah berpuas hati dengan juadah yang dihidang


Pada malam Hari Raya Aidiladha 28.11.2009, Shiwar dan Marini telah mengadakan rumah terbuka di rumah mereka di Taman Mawar. Selain daripada juadah lazim seperti satay d.l.l. sudah tentulah Marini menyediakan juadah dari Sarawak iaitu Laksa Sarawak dan Nasi Ayam ala Sarawak. Suasana Sarawak ini perlulah dikekalkan dengan ayah Marini, Encik Omar dan 70% dari anak-anaknya berhari raya di Kedah.











No comments:

Post a Comment