Sunday, December 20, 2009

REMEMBRANCE 56: INVADING ENSTEK


Tugas utama Jim apabila sampai di Alor Setar ialah memasang penutup kepada buah-buah nangka yang sedang membesar. Diharapkan burung-burung akan terlepas pandang terhadap buah-buah nagka tersebut. Apabaila cucu-cucu merungut bahawa tidak ada saudara mara yang boleh dilawati, hanya pada hari Isnin, 7.12.2009 barulah dapat diadakan lawatan ke rumah Kak Nab di Kampung Tambun Tulang, Perlis. Sebelum ke Tambun Tulang Nana telah singgah di Pekan Simpang Empat untuk membawa Hindon dan cucunya Ryan ke rumah Kak Nab.
Makan tengahari di atas wakaf yang sentiasa dibuai hembusan angin yang menyegarkan

Keempat-empat anak Nana mengamalkan disiplin makan yang tinggi hasil daripada asakan tubi Nana.
Bila kucing di rumah melarikan diri, kucing Kak Nab pula lah yang menjadi mangsa mereka berdua.





Motor Vespa di dalam rumah pun menjadi mangsa mereka

Hasil tangkapan gambar dari kamera saya yang Alya ambil


Saya juga menjadi model tangkapan gambar oleh Alya

Nana dan ahli keluarganya telah pulang ke Alor Setar pada hari Sabtu, 28.11.2009 iaitu pada hari kedua Hari Raya Aidil Adha. Sebaik sampai di rumah, kesemua cucu menerpa ke arah kucing-kucing Kentoi, Naruto, Kitty dan Boboy. Melihat gelagat mereka kesemua kucing-kucing telah melarikan diri dan tidak berani masuk lagi ke rumah.











1 comment: