Oleh kerana faktor lutut yang mengekangkan pergerakan untuk menaiki tangga dan anak-anak lelaki yang tidak bercekoh, kepulangan Jim ke Alor Setar amatlah dinanti-nantikan. Maka pada hari Ahad, 29.12.2009 sentuhan ajaib Jim dengan bantuan Adli telah membolehkan dua biji buah nangka dibaluti kertas pelindung yang berkeupayaan menangkis serangan musang dan burung. Dengan iringi doa pihak-pihak yang berminat, Alhamdullillah sebiji buah nangka sahaja yang mampu dijadikan ramuan bubur asyura Mak Teh. Manakala sebiji buah nangka lagi menjadi habuan unggas.
Pada hari Isnin, 11 Muharram 1431, walau pun dengan kaki yang diserang gout, saya berusaha juga ke rumah Mak Teh untuk menjadi pengacau bagi membantu Farli. Kalau pengacau biasa selalunya dimusuhi, namun pengacau bubur asyura amatlah dihargai.
Ramuan bubur asyura Mak Teh amatlah enak dan hanya bubur asyura Mak Teh sahaja yang dijamah oleh Ezman.
Sambil mengacau, berbincang pula mengenai diet dan pemakanan yang mana tak perlu berhenti makan nasi tetapi mampu menguruskan badan ke tahap bawah BMI 30.
Mutu bubur asyura Mak Teh memang mempunyai piawaian Sirim
Selain daripada ketidakmampuan menjadi pengacau, peranan sebagai perasa dan pemakan adalah lebih baik dari pengacau kerana hanya perlu menggunakan tenaga mulut sahaja. Pak Teh pula menggunakan tenaga mulut untuk mengutuk dan terus mengutuk bahawa apa yang orang lain buat semuanya tak kena. Peranan Pak Teh yang berguna ialah membeli bahan-bahan untuk menjadi ramuan bubur asyura walau pun dia sendiri tidak menjamahnya.
Bubur asyura yang telah siap untuk diagih-agihkan . Mek Tet adalah pembekal utama kotak ais krim untuk diisikan bubur asyura. Dengan bekalan kotak ais krim yang begitu banyak, nampaknya telah berlaku pembaziran masa apabila saya berbincang dengan Farli mengenai diet dan pemakanan.
Tidak lupa untuk diucapkan terima kasih kepada Jim dan Adli yangmana jasa mereka telah memungkinkan hasrat menyediakan bubur asyura telah tercapai. Kepada Mak Teh yang menyediakan segala ramuan, diharapkan dapat dilangsungkan tradisi bubur asyura pada tahun hadapan. Sumbangan tenaga Farli dan Amalina tidaklah boleh diperkecilkan. Begitu juga kepada Zam dan Mek Tet yang menjadi tenaga perasa dan pemakan yang berkesan. Alhamdullillah dan semoga mendapat keberkatan Allah untuk mampu lagi terus menjadi pengacau pada awal Muharram 1432. InsyaAllah.
Sebagai hadiah awal Muharram kepada pengikut blog yang setia, diperturunkan resepi Asyura Mak Teh:
Tepung jawi (cap bunga) - 1 paket
Tepung jagung - 1 cawan sederhana
Gula merah - 1 1/2 kilo
Gula pasir - 1/2 kilo
Santan - 1 kg. + 200 gm
Susu cair - 1 tin
Garam - ikut rasa
Sagu - 300 gm (direndam)
Kacang hijau - 30 gm (direbus)
Kacang kuda - 300 gm (direbus)
Kacang sepat - 300 gm (direbus)
Ubi keledek merah - 2 kg.
Pisang (raja @ emas) - 2 sikat
Nangka - 2 kg.
Cara nak buat bubur asyura ini kenalah tanya Mak Teh sendiri.
Wahh..bestnya..semua gotong royong & memainkan peranan2 yg hebat2 belaka menyediakan bubur assyura! Hehe..
ReplyDeletehahaha syioq la baca bloG Pak Tuan... sambil baca mesti duk sengih2 sorang2.. hehehe ayat2 Pak Tuan best.. hepi jaa.. baca blog nih, ilang stress sat.. hihhhihi thumbs up! :P
ReplyDelete-emma-
Korek la lagi resepi drpd Tok Teh.Bolaeh la org Sepang try buat.
ReplyDeletewah..bestnya masak ramai2...rugi sara x dak...dasyat la pak chaq kacau..hahahaaa
ReplyDeletebestnya.......lapaq la plak
ReplyDeletehaaaa .. ada pun resepi bubuq sora ( asyura). nak minta izin copy dan nak cuba .. dah lama x ghasa bubuq sora. nanti boleh tambah degheyan beli dekat kedai vietnam.
ReplyDeletetiba-tiba teringat nak makan bubur sora mak kat kampung..terima kasih pak tuan...
ReplyDelete