Monday, December 28, 2009

SIBLINGS 61: PENGACAU

Rancangan untuk menyediakan bubur asyura sempena 10 Maharram 1431 bermula pada awal bulan November lagi apabila buah nangka pokok di rumah mula menunjukkan rupa parasnya. Oleh sebab terdapatnya pengacau-pengacau yang merupakan musang dan juga burung, peluang jangka hayat buah-buah nangka ini hanyalah 30% sahaja berpihak kepada manusia. 70% lagi adalah habuan musang dan burung.


Oleh kerana faktor lutut yang mengekangkan pergerakan untuk menaiki tangga dan anak-anak lelaki yang tidak bercekoh, kepulangan Jim ke Alor Setar amatlah dinanti-nantikan. Maka pada hari Ahad, 29.12.2009 sentuhan ajaib Jim dengan bantuan Adli telah membolehkan dua biji buah nangka dibaluti kertas pelindung yang berkeupayaan menangkis serangan musang dan burung. Dengan iringi doa pihak-pihak yang berminat, Alhamdullillah sebiji buah nangka sahaja yang mampu dijadikan ramuan bubur asyura Mak Teh. Manakala sebiji buah nangka lagi menjadi habuan unggas.


Pada hari Isnin, 11 Muharram 1431, walau pun dengan kaki yang diserang gout, saya berusaha juga ke rumah Mak Teh untuk menjadi pengacau bagi membantu Farli. Kalau pengacau biasa selalunya dimusuhi, namun pengacau bubur asyura amatlah dihargai.



Ramuan bubur asyura Mak Teh amatlah enak dan hanya bubur asyura Mak Teh sahaja yang dijamah oleh Ezman.




Sambil mengacau, berbincang pula mengenai diet dan pemakanan yang mana tak perlu berhenti makan nasi tetapi mampu menguruskan badan ke tahap bawah BMI 30.


Mutu bubur asyura Mak Teh memang mempunyai piawaian Sirim


Selain daripada ketidakmampuan menjadi pengacau, peranan sebagai perasa dan pemakan adalah lebih baik dari pengacau kerana hanya perlu menggunakan tenaga mulut sahaja. Pak Teh pula menggunakan tenaga mulut untuk mengutuk dan terus mengutuk bahawa apa yang orang lain buat semuanya tak kena. Peranan Pak Teh yang berguna ialah membeli bahan-bahan untuk menjadi ramuan bubur asyura walau pun dia sendiri tidak menjamahnya.



Bubur asyura yang telah siap untuk diagih-agihkan . Mek Tet adalah pembekal utama kotak ais krim untuk diisikan bubur asyura. Dengan bekalan kotak ais krim yang begitu banyak, nampaknya telah berlaku pembaziran masa apabila saya berbincang dengan Farli mengenai diet dan pemakanan.




Tidak lupa untuk diucapkan terima kasih kepada Jim dan Adli yangmana jasa mereka telah memungkinkan hasrat menyediakan bubur asyura telah tercapai. Kepada Mak Teh yang menyediakan segala ramuan, diharapkan dapat dilangsungkan tradisi bubur asyura pada tahun hadapan. Sumbangan tenaga Farli dan Amalina tidaklah boleh diperkecilkan. Begitu juga kepada Zam dan Mek Tet yang menjadi tenaga perasa dan pemakan yang berkesan. Alhamdullillah dan semoga mendapat keberkatan Allah untuk mampu lagi terus menjadi pengacau pada awal Muharram 1432. InsyaAllah.

Sebagai hadiah awal Muharram kepada pengikut blog yang setia, diperturunkan resepi Asyura Mak Teh:

Tepung jawi (cap bunga) - 1 paket
Tepung jagung - 1 cawan sederhana
Gula merah - 1 1/2 kilo
Gula pasir - 1/2 kilo
Santan - 1 kg. + 200 gm
Susu cair - 1 tin
Garam - ikut rasa
Sagu - 300 gm (direndam)
Kacang hijau - 30 gm (direbus)
Kacang kuda - 300 gm (direbus)
Kacang sepat - 300 gm (direbus)
Ubi keledek merah - 2 kg.
Pisang (raja @ emas) - 2 sikat
Nangka - 2 kg.

Cara nak buat bubur asyura ini kenalah tanya Mak Teh sendiri.

REMEMBRANCE 60: DUNIA FAIRUZ

Beginilah serabutnya perasaan saya sebelum majlis bermula

Pada hari Jumaat, 25.12.2009 saya dan Zam telah ke Sungai Petani untuk menunaikan tanggungjawab saya sebagai wakil atau jurucakap bagi pihak adik saya untuk menerima pinangan ke atas anak saudara saya, Siti Fairuz binti Abdullah. Inilah kali pertama saya menerima pinangan untuk anak saudara di sebelah keluarga saya.
Namun saya rasa inilah kali pertama saya tidak membuat persiapan pra majlis yang lengkap dengan kerana saya tidak mempunyai maklumat yang lengkap mengenai upacara majlis peminangan itu sendiri. Saya hanya mendapat maklumat yang diperlukan secara samar-samar daripada Abdullah dan Norlia. Malahan waktu sebenar untuk majlis pertunangan pun tidak diberitahu oleh mereka. Walau bagaimana pun saya telah mengambil pendekatan bahawa saya akan sampai di rumah Norlia pada jam 3.00 petang.
Sebelum ini, segala pertanyaan dan cadangan kami mengenai majlis tersebut tidak begitu mendapat respon yang menggalakkan. Jumlah jemputan yang merupakan elemen penting di dalam penyempurnaan sesuatu majlis tidak juga dapat dipastikan lebih awal.. Daripada apa yang dapat dirumuskan, persiapan majlis akan disempurnakan oleh Norlia dan ahli-ahli keluarga tanpa elemen katering dan lain-lain. Make up pengantin juga akan disempurnakan secara dalaman.
Oleh yang demikian, saya tidak tahu di mana batasnya saya perlu mainkan peranan saya untuk membantu kejayaan majlis itu nanti. Kalau saya terus mempersoalkan lagi, kemungkinan besar tindakan saya akan nampak berlebihan atau over do. Namun demikian, Zam telah menempah kuih sos daripada Rina dan kek lapis Sarawak daripada Marini untuk menampung persiapan makanan majlis. Hamparan untuk hantaran dan tikar sila juga dibawa bersama walau pun tidak diminta oleh Norlia.
Memandang kepada keadaan kesihatan Zam yang sering melonjak degupan jantung apabila ada stress, saya mengambil keputusan untuk ke rumah Norlia pada jam 3.00 petang dan tidak sebelum itu. Sekiranya terdapat sebarang masalah persiapan majlis, kami perlu hadapinya sekali gus sahaja tanpa perlu menghadapinya beberapa kali. Saya juga mempunyai keyakinan bahawa adik-adik saya lain akan membantu Norlia nanti.
Apabila saya sampai di rumah Norlia pada jam 2.50 petang, Norlia telah menyatakan kelegaannya kerana dia bimbang saya diserang gout. Apabila saya bertanya kepada Abdullah, siapakah jurucakap bagi pihak lelaki, Abdullah juga tidak begitu pasti. Saya juga berasa lapang melihat adik-adik saya serta anak-anak mereka sudah berada di rumah Norlia. Adik ipar, Fadil pun sudah bersedia untuk membaca doa. Namun saya kecewa melihat anak-anak perempuan Norlia yang tidak memakai pakaian yang setimpal dengan majlis itu nanti. Tanpa pakaian yang setimpal seperti baju kurung sudah tentu ianya membataskan pergerakan mereka seperti bergerak di hadapan tetamu apabila majlis bermula nanti. Saya tidak mampu menegur kerana takut ianya akan mengeruhkan lagi keadaan majlis.
Abdullah, Syed Jaafar dan saya berbincang mengenai persiapan majlis.


Za membuat persiapan terakhir

Norin, Za yang dibantu anaknya Najwa memperkemaskan persiapan makanan



Hindon dan Shahir juga turut membantu




Norin dan Hindon

Menunggu ketibaan rombongan pihak lelaki


Abdullah dan Norlia berbual dengan ibu Abdullah, Puan Hajjah Sabariah Had



Oleh kerana kemalangan kecil terhadap kereta saudara pihak lelaki, rombongan pihak lelaki hanya sampai jam 4.15 petang. Nampaknya Pak Chik Hamid telah berada di hadapan semasa majlis perarakan bermula.



Fadzil dan Syed Jaafar menyambut tetamu. Pak Chik Hamid masih lagi berada di hadapan.


Norlia menyambut bakal bisannya


Tanpa disedari Fadzil dan Syed Jaafar menyambut Pak Chik Hamid, jurucakap sebenar pihak lelaki. Oleh kerana tidak mengetahui status Pak Chik Hamid, Pak Chik Hamid tidak dipelawa masuk ke ruang tamu rumah. Hanya Tuan Haji Abdullah dipelawa masuk ke ruang tamu dengan kerana difahamkan oleh Abdullah, Tuan Haji Abdullah adalah jurucakap pihak lelaki.



11 hantaran pihak lelaki


Menguruskan kedudukan rombongan pihak lelaki


Saya telah diberitahu oleh Abdullah bahawa Che Gu Haji Abdullah (bapa Fairuz) adalah jurucakap bagi pihak lelaki. Setelah Ustaz Fadzil mengambil tempat disebelah kanan saya, saya pun memulakan majlis dengan mempersilakan Tuan Haji Abdullah untuk menyatakan hasrat kedatangan rombongan pihak lelaki .



Tuan Haji Abdullah amat terkejut dengan persilaan saya dengan kerana beliau menyatakan bahawa dirinya bukanlah wakil pihak lelaki. Saya lagi terkejut dengan penafian ini dengan kerana saya mendapat maklumat dari Abdullah yang tidaklah tepat.


Pak Chik Hamid, jurucakap sebenar pihak lelaki bergegas mengambil tempat di sebelah kiri saya apabila saya bertanya siapakah jurucakap yang sebenar. Pak Chik Hamid pun terpinga-pinga juga kerana beliau juga adalah bidan tarik tanpa dibekalkan dengan maklumat-maklumat yang lengkap. Melihat keadaan yang melucukan dan memalukan, saya pun mencorakkan majlis secara santai tanpa menimbulkan sebarang stres kepada mana-mana pihak.


Pak Chik Hamid pun bukanlah calang-calang orang dengan kerana beliau sendiri mampu membesarkan anak-anaknya dengan cemerlang sehinggakan menjadi doktor dan juga pakar profesional.


Untuk menenangkan keadaan, saya terus mengusik Pak Chik Hamid


Selepas keadaan kembali normal, majlis telah berjalan dengan lancar semula



Ruang tamu penuh sesak dan tetamu lain terpaksa menyaksikan majlis dari luar


Upacara menyarung cincin pertunangan oleh bakal ibu mertua Siti Fairuz yang berkongsi sakit lutut seperti saya deritai . Fairuz (menantu Hindon) mengiringi Siti Faituz untuk disarung cincin pertunangan @ perkahwinan.


Siti Fairuz bersalaman dengan rombongan pihak lelaki


Syed Jaafar mengetuai perbualan dengan anak-anak saudaranya


Kepulangan rombongan pihak lelaki


Bakal bisan Norlia meninggalkan majlis


Tuan Haji Abdullah yang saya sangkakan jurucakap pihak lelaki


Zam yang menanyakan keadaan saya yang telah begitu lama duduk di sepanjang majlis.


Pengalaman daripada majlis pertunangan Siti Fairuz perlulah dijadikan peduman bagi persiapan majlis-majlis akan datang. Aliran jamuan perlu dipermudahkan supaya ianya berjalan dengan lancar. Adik-adik saya yang lain yang bakal menguruskan majlis perkahwinan anak-anak mereka perlulah mengambil iktibar dari pengalaman ini.
Pihak tuan rumah pula perlulah mengadakan perbincangan awal dengan pihak-pihak yang berpengalaman mengendalikan majlis-majlis. Saiz majlis dan aturcara perlulah ditetapkan awal-awal lagi supaya persiapan logistik dapat dimantapkan. Tuan rumah perlulah juga mendekati majlis perbincangan itu nanti dengan hati yang lebih terbuka dan mendengar pendapat-pendapat pihak lain sekiranya ia memberi manafaat.
Persiapan awal yang rapi dan tersusun akan mengurangkan stres kepada tuan rumah dengan kerana tuan rumah akan mengetahui terlebih lebih dahulu apakah rintangan dan penyelesaian yang perlu diambil. Walau bagaimana pun, syukur kepada illahi dengan kerana majlis pertunangan Siti Fairuz telah berlalu dengan sempurna. Alhamdullillah.





























SIBLINGS 60: WANG KELIAN

From left: Bang Jala, Zam, myself and Bang Hashim at the rest area at Wang Kelian Check Point , Malaysian side of the border.

Nari has infromed us that Bang Jala would be undergoing a serious stomach operation at SriakhirinWirot Hospital University at Haadyai, Thailand on 26.12.2009. Bang Jala would be warded at the hospital on 22.12.2009. As the emissary of Abang in delivering Abang's prayer and best wishes, Jim drove us in his Estima down to Wang Kelian together with his family on Monday, 14.12.2009. We pray for the blessing of Allah for the successful operation of Bang Jala. InsyaAllah.

Monday, December 21, 2009

REMEMBRANCE 59: MELANCHOLY PENANG


Lapan tahun dahulu, saya telah membawa seluruh keluarga saya (7 ahli keluarga) untuk bercuti di Paradise Sandy Beach Resort, Tanjung Bungah, Penang. Percutian di Pulau Pinang membawa kenangan manis kepada Nana yang telah mengikuti pengajian ijazah dan diploma perguruannya selama lima tahun di Universiti Sains Pulau Pinang.

Nana seorang yang adventurous dan sentiasa berfikiran positif dan mampu menghafal aliran jalan dan lorong di Penang walau pun dengan hanya berpejam mata. Justru itu, pemilihan hotel percutian ini adalah dirasakan paling unggul untuk keperluan kami sekeluarga dengan kerana kemudahannya serta lokasinya yang strategik bersebelahan dengan pantai dan juga tempat membeli belah.



Mungkin dengan tujuan untuk mengembalikan kenangan yang indah ini menyebabkan Nana telah mengambil keputusan membawa kami sekeluarga (kini bertambah kepada 11 ahli keluarga) untuk bercuti di hotel yang sama pada 11 hingga 13 Disember 2009 yang lalu. Kenangan yang indah ini mungkin telah dapat menyingkap kembali kenangan nostalgia kepada ahli keluarga yang lain tetapi ianya tetap mengingatkan kembali diri saya kepada kekuasaan Allah yang maha berkuasa. Saya bersyukur kerana masih mampu menikmati curahan kasih sayang dari ahli-ahli keluarga saya walau pun pergerakan saya dan pemilihan makanan saya kini amat terbatas sekali.



Suasana indah di pagi hari di mana empat tunggak bangunan yang baru dibina ini melambangkan mercu kejayaan pembangunan negara kita.

Kapal Star Virgo yang meluncur lalu menambahkan lagi jalinan destinasi percutian untuk warga Malaysia

Suasana pagi yang nyaman amatlah menyegarkan pemikiran lusuh saya. Kalau tak mampu lihat Pulau Batu Puteh di Singapura, pemandangan di Pulau Batu Hitam ini pun jadilah


Paradise Sandy Beach Resort adalah bersebelahan dengan International School Tanjung Bungah


Kejernihan air laut dan hamparan pantai yang memuteh menjadi tarikan kepada cucu-cucu untuk bergegas ke pantai bila mempunyai peluang

SARAPAN PAGI


Afique dan Aisyah bersiap sedia untuk sarapan pagi di Coffee House

Aisyah merakam kenangan mengenakkan semasa bersarapan di Coffee House

Alya memperakui bahawa makanan yang disediakan di coffee house adalah menyelerakan



MAKAN TENGAHARI DI GURNEY PLAZA



Kali pertama melihat Breekers Cafe, restoran ala Itali, tidaklah berani kami menghampirinya disebabkan jangkaan awal kami bahawa kadar harga makanannya sudah pasti di luar jangkauan kami. Namun apabila saya membelik kadar harga makanan yang disediakan adalah lebih murah dari kadar harga di Hotel Seri Malaysia, maka tanpa berfikir panjang lagi, kami sekeluarga terus membenam dikerusi restoran badan kami yang sudah pun keletihan dab bersedia untuk mencuba makanan ala Itali tanpa perlu kami menjejak kaki di Rome, Italy.



Menunggu juadah yang nampaknya lambat tiba dari Italy

Seperti lazim, Shiwar mesti mencuba grilled lamb yang lebih mengancam kesihatan dirinya


Marini dengan hot platenya


Fish and chips masih menjadi kegemaran Aisyah dan Alya

Menikmati juadah Itali tanpa disedari bahawa diri kami masih lagi disini.


MAKAN MALAM ALA BBQ


Lapan tahun dahulu saya agak terkilan kerana cadangan saya untuk makan malam ala BBQ di hotel tidak mendapat persetujuan dari ahli keluarga. Namun kali ini Nana mengubati rasa terkilan ini dengan menjamu makan malam kami di hotel secara BBQ yang mana amat diminati oleh anak menantu dan cucu-cucu. Yang masih terkilan lagi ialah harga makan set BBG ini telah pun meningkat 120% daripada lapan tahun dahulu.






Walau pun cucu-cucu amat bergembira dengan BBQ tetapi Mak Tok masih ragu-ragu dengan kerana cucu-cucunya riuh dan bergerak tanpa kawalan seperti lazim di kawasan makan


Memang best gila kata Aisyah dan Alya


MENINGGALKAN PARADISE RESORT PADA 13.12.2009




Pada pagi Ahad, 13.12.2009, kami sekeluarga meninggalkan kenangan manis di Paradise Sandy Beach Resort untuk pulang ke Alor Setar. Kali ini saya amat kagum dengan perkembangan rakyat Malaysia yang kini mampu bercuti sekeluarga secara santai di hotel ini. Saya telah berjumpa dengan beberapa warga emas seperti saya yang dibawa bercuti oleh ahli keluarga mereka. Kini saya nampak mana hampir keseluruhan penginap di hotel tersebut adalah terdiri daripada warga Malaysia berbanding dengan majoriti warga asing lapan tahun dahulu. Saya berbangga juga dengan adunan pakaian staf hotel tersebut iaitu terdiri daripada baju kebaya dan skirt yang melambangkan keunikan kebudayaan Malaysia.





Semasa tiba pada 11.12.2009 bagasi tidaklah memerlukan bantuan troli bagasi

TANPA NASI KANDAR TENTULAH PERCUTIAN DI PENANG TIDAK LENGKAP


Di dalam perjalanan pulang, bagi tujuan melengkapkan percutian kami di Penang, kami sekeluarga telah singgah untuk makan tengahari ala nasi kandar di Restoran Khaleel yang terletak di Gurney Drive


Selain daripada menghirup air sirap di Restoran Haleel, kami turut juga menghirup udara segar di Gurney Drive



Tenaga Alya bertambah setelah kena kari kepala ikan nasi kandar


Aisyah tak lupa merakamkan kenangan indah di Gurney Drive


Saya tak keseorangan dibawa keluarga ke Gurney Drive, kerana baba dan nyonya dari Melaka ini juga telah turut dibawa bercuti ke Penang oleh anak-anak mereka berdua.




Adli turut memperakui keseronokan percutian di Paradise Sandy Beach Resort.




Adli berlagu riang dengan padanan cermin mata produk dari pasaran kraf jalanan Batu Feringgi

Saya amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana di atas limpah rahmatnya saya berpeluang menikmati curahan kasih sayang ahli-ahli keluarga saya. Walau pun saya tidak dapat mengikuti sepenuhnya aktiviti di Penang, namun Zam, Nana, Shiwar, Marini dan Ezman telah menyusur Jalan Batu Feringgi pada dini hari. Mereka tidak dapat menggambarkan tahap kepuasan hati mereka dengan aktiviti jualan jalanan di aliran jalan tersebut.



Dari kaca mata Batu Feringgi


Pasar Malam Batu Feringgi @ MyWiseWife.com



Manifestasi kepuasan ini hanya terserlah apabila mereka bersetuju untuk mengadakan sekim kutu (RM 100.00 sebulan) untuk mencernakan cadangan percutian di Hotel Golden Sands yang bertaraf lima bintang pada penghujung tahun 2010. Dengan menginap di Hotel Golden Sands, tidaklah perlu lagi menaiki kenderaan untuk ke pusat aktiviti jualan kraf di jalanan. Yang tidak berkemampuan seperti saya dan Mek Tet, kemudahan beca roda tiga tentulah dapat meningkat pergerakan kami nanti di samping mendapat rawatan rekfleksologi dan remdam kaki untuk dijamah ikan-ikan kecil .


Phuket, Thailand

Sekim kutu ini adalah mencontohi sekim kutu PKK ( Persatuan Kelam Kabut) keluarga Pak Chik Mat yang telah pun berjaya bercuti di Phuket, Thailand hasil daripada sekim kutu 3K ini. Setakat ini kumpulan daripada Shah Alam turut juga menunjukkan minat untuk menyertai sekim kutu kumpulan 3L (Longgaq, longlai dan lohleh) ini. Azira dan Bimo tak perlulah lagi dok menginap di Hotel Pavilion bersendirian. Saya amatlah berharap ianya akan menjadi satu kenyataan dan bukanlah hanya setakat hasrat SPD (Semangat Pi Dulu) sahaja. Insya Allah.