Monday, December 28, 2009

REMEMBRANCE 60: DUNIA FAIRUZ

Beginilah serabutnya perasaan saya sebelum majlis bermula

Pada hari Jumaat, 25.12.2009 saya dan Zam telah ke Sungai Petani untuk menunaikan tanggungjawab saya sebagai wakil atau jurucakap bagi pihak adik saya untuk menerima pinangan ke atas anak saudara saya, Siti Fairuz binti Abdullah. Inilah kali pertama saya menerima pinangan untuk anak saudara di sebelah keluarga saya.
Namun saya rasa inilah kali pertama saya tidak membuat persiapan pra majlis yang lengkap dengan kerana saya tidak mempunyai maklumat yang lengkap mengenai upacara majlis peminangan itu sendiri. Saya hanya mendapat maklumat yang diperlukan secara samar-samar daripada Abdullah dan Norlia. Malahan waktu sebenar untuk majlis pertunangan pun tidak diberitahu oleh mereka. Walau bagaimana pun saya telah mengambil pendekatan bahawa saya akan sampai di rumah Norlia pada jam 3.00 petang.
Sebelum ini, segala pertanyaan dan cadangan kami mengenai majlis tersebut tidak begitu mendapat respon yang menggalakkan. Jumlah jemputan yang merupakan elemen penting di dalam penyempurnaan sesuatu majlis tidak juga dapat dipastikan lebih awal.. Daripada apa yang dapat dirumuskan, persiapan majlis akan disempurnakan oleh Norlia dan ahli-ahli keluarga tanpa elemen katering dan lain-lain. Make up pengantin juga akan disempurnakan secara dalaman.
Oleh yang demikian, saya tidak tahu di mana batasnya saya perlu mainkan peranan saya untuk membantu kejayaan majlis itu nanti. Kalau saya terus mempersoalkan lagi, kemungkinan besar tindakan saya akan nampak berlebihan atau over do. Namun demikian, Zam telah menempah kuih sos daripada Rina dan kek lapis Sarawak daripada Marini untuk menampung persiapan makanan majlis. Hamparan untuk hantaran dan tikar sila juga dibawa bersama walau pun tidak diminta oleh Norlia.
Memandang kepada keadaan kesihatan Zam yang sering melonjak degupan jantung apabila ada stress, saya mengambil keputusan untuk ke rumah Norlia pada jam 3.00 petang dan tidak sebelum itu. Sekiranya terdapat sebarang masalah persiapan majlis, kami perlu hadapinya sekali gus sahaja tanpa perlu menghadapinya beberapa kali. Saya juga mempunyai keyakinan bahawa adik-adik saya lain akan membantu Norlia nanti.
Apabila saya sampai di rumah Norlia pada jam 2.50 petang, Norlia telah menyatakan kelegaannya kerana dia bimbang saya diserang gout. Apabila saya bertanya kepada Abdullah, siapakah jurucakap bagi pihak lelaki, Abdullah juga tidak begitu pasti. Saya juga berasa lapang melihat adik-adik saya serta anak-anak mereka sudah berada di rumah Norlia. Adik ipar, Fadil pun sudah bersedia untuk membaca doa. Namun saya kecewa melihat anak-anak perempuan Norlia yang tidak memakai pakaian yang setimpal dengan majlis itu nanti. Tanpa pakaian yang setimpal seperti baju kurung sudah tentu ianya membataskan pergerakan mereka seperti bergerak di hadapan tetamu apabila majlis bermula nanti. Saya tidak mampu menegur kerana takut ianya akan mengeruhkan lagi keadaan majlis.
Abdullah, Syed Jaafar dan saya berbincang mengenai persiapan majlis.


Za membuat persiapan terakhir

Norin, Za yang dibantu anaknya Najwa memperkemaskan persiapan makanan



Hindon dan Shahir juga turut membantu




Norin dan Hindon

Menunggu ketibaan rombongan pihak lelaki


Abdullah dan Norlia berbual dengan ibu Abdullah, Puan Hajjah Sabariah Had



Oleh kerana kemalangan kecil terhadap kereta saudara pihak lelaki, rombongan pihak lelaki hanya sampai jam 4.15 petang. Nampaknya Pak Chik Hamid telah berada di hadapan semasa majlis perarakan bermula.



Fadzil dan Syed Jaafar menyambut tetamu. Pak Chik Hamid masih lagi berada di hadapan.


Norlia menyambut bakal bisannya


Tanpa disedari Fadzil dan Syed Jaafar menyambut Pak Chik Hamid, jurucakap sebenar pihak lelaki. Oleh kerana tidak mengetahui status Pak Chik Hamid, Pak Chik Hamid tidak dipelawa masuk ke ruang tamu rumah. Hanya Tuan Haji Abdullah dipelawa masuk ke ruang tamu dengan kerana difahamkan oleh Abdullah, Tuan Haji Abdullah adalah jurucakap pihak lelaki.



11 hantaran pihak lelaki


Menguruskan kedudukan rombongan pihak lelaki


Saya telah diberitahu oleh Abdullah bahawa Che Gu Haji Abdullah (bapa Fairuz) adalah jurucakap bagi pihak lelaki. Setelah Ustaz Fadzil mengambil tempat disebelah kanan saya, saya pun memulakan majlis dengan mempersilakan Tuan Haji Abdullah untuk menyatakan hasrat kedatangan rombongan pihak lelaki .



Tuan Haji Abdullah amat terkejut dengan persilaan saya dengan kerana beliau menyatakan bahawa dirinya bukanlah wakil pihak lelaki. Saya lagi terkejut dengan penafian ini dengan kerana saya mendapat maklumat dari Abdullah yang tidaklah tepat.


Pak Chik Hamid, jurucakap sebenar pihak lelaki bergegas mengambil tempat di sebelah kiri saya apabila saya bertanya siapakah jurucakap yang sebenar. Pak Chik Hamid pun terpinga-pinga juga kerana beliau juga adalah bidan tarik tanpa dibekalkan dengan maklumat-maklumat yang lengkap. Melihat keadaan yang melucukan dan memalukan, saya pun mencorakkan majlis secara santai tanpa menimbulkan sebarang stres kepada mana-mana pihak.


Pak Chik Hamid pun bukanlah calang-calang orang dengan kerana beliau sendiri mampu membesarkan anak-anaknya dengan cemerlang sehinggakan menjadi doktor dan juga pakar profesional.


Untuk menenangkan keadaan, saya terus mengusik Pak Chik Hamid


Selepas keadaan kembali normal, majlis telah berjalan dengan lancar semula



Ruang tamu penuh sesak dan tetamu lain terpaksa menyaksikan majlis dari luar


Upacara menyarung cincin pertunangan oleh bakal ibu mertua Siti Fairuz yang berkongsi sakit lutut seperti saya deritai . Fairuz (menantu Hindon) mengiringi Siti Faituz untuk disarung cincin pertunangan @ perkahwinan.


Siti Fairuz bersalaman dengan rombongan pihak lelaki


Syed Jaafar mengetuai perbualan dengan anak-anak saudaranya


Kepulangan rombongan pihak lelaki


Bakal bisan Norlia meninggalkan majlis


Tuan Haji Abdullah yang saya sangkakan jurucakap pihak lelaki


Zam yang menanyakan keadaan saya yang telah begitu lama duduk di sepanjang majlis.


Pengalaman daripada majlis pertunangan Siti Fairuz perlulah dijadikan peduman bagi persiapan majlis-majlis akan datang. Aliran jamuan perlu dipermudahkan supaya ianya berjalan dengan lancar. Adik-adik saya yang lain yang bakal menguruskan majlis perkahwinan anak-anak mereka perlulah mengambil iktibar dari pengalaman ini.
Pihak tuan rumah pula perlulah mengadakan perbincangan awal dengan pihak-pihak yang berpengalaman mengendalikan majlis-majlis. Saiz majlis dan aturcara perlulah ditetapkan awal-awal lagi supaya persiapan logistik dapat dimantapkan. Tuan rumah perlulah juga mendekati majlis perbincangan itu nanti dengan hati yang lebih terbuka dan mendengar pendapat-pendapat pihak lain sekiranya ia memberi manafaat.
Persiapan awal yang rapi dan tersusun akan mengurangkan stres kepada tuan rumah dengan kerana tuan rumah akan mengetahui terlebih lebih dahulu apakah rintangan dan penyelesaian yang perlu diambil. Walau bagaimana pun, syukur kepada illahi dengan kerana majlis pertunangan Siti Fairuz telah berlalu dengan sempurna. Alhamdullillah.





























No comments:

Post a Comment