“Sorry, Afiq. Pak Joe need a breather and has got to take a break for a while. O.k. Afiq bolehlah kita sambung perbincangan kita tadi,” Johari meminta Afiq meneruskan perbincangan mereka yang terputus buat seketika.
“Dalam masa yang singkat ini, apakah bantuan yang Tuan perlukan daripada saya,” Afiq meminta kepastian daripada Johari mengenai bantuan yang diperlukan oleh Johari.
“Afiq, Pak Joe harap Afiq janganlah terkejut dengan cadangan Pak Joe. Pak Joe amat berharap sangat Afiq akan dapat menerima cadangan Pak Joe yang ikhlas ini,” Johari cuba menyelami rasa hati Afiq.
“Tuan, janganlah bimbang mengenainya. Saya akan memenuhi hasrat Tuan, dengan kerana jasa Tuan terhadap saya amatlah berharga sekali dan tidak ternilai,” Afiq masih terus memberi keyakinan kepada Johari.
“Afiq, permintaan Pak Joe janganlah dianggap Pak Joe hendak menagih balasan terhadap bantuan Pak Joe kepada Afiq. Tidak terlintas sebesar huma pun di hati Pak Joe untuk menuntut balasan. Bantuan Pak Joe adalah secara ikhlas dan Pak Joe bersyukur ke hadrat illahi bahawa bantuan Pak Joe tidak disia-siakan oleh Afiq,” Johari meneruskan penghayatan kesyukurannya terhadap hasil bantuan yang dipergunakan dengan baik oleh Afiq.
“Afiq, permintaan Pak Joe ini adalah semata-mata untuk kebahagiaan Aleeya dan Pak Joe berharap ianya akan dapat menebus kembali dosa-dosa yang Pak Joe telah lakukan selama ini. Permintaan terakhir Pak Joe daripada Afiq ialah supaya Afiq dapat mengahwini Aleeya dan seterusnya memberi bimbingan yang sempurna kepadanya sebagai satu tanggung jawab seorang suami kepada isterinya,” Johari mengejutkan Afiq dengan suatu permintaan yang di luar dugaan Afiq.
“MasyaAllah, adakah Tuan betul-betul serius,” Afiq meminta kepastian daripada Johari
“Yes, I am dead serious. Pak Joe tidak memaksa Afiq dan jika Afiq tidak bersetuju pun, Pak Joe tidak akan berkecil hati. Pak Joe memang faham dengan dilema Afiq,” Johari memberi jaminan kepada Afiq. Afiq terus membisu seketika dan tidak memberi sebarang reaksi terhadap saranan Johari.
Melihat keadaan Afiq yang terus membisu, Johari meneruskan hujahnya mengenai perwatakan Aleeya, “Afiq, walau pun Afiq membisu tetapi Pak Joe dapat menyelami menyelami perasaan kebimbangan di hati Afiq. Afiq janganlah risau mengenai rasa hati Aleeya. Pak Joe memang kenal benar fiil anak Pak Joe. Walau pun secara luarannya, Aleeya nampak sebagai seorang yang liar tetapi sebaliknya Aleeya adalah seorang gadis yang lemah lembut, berbudi bahasa dan menghormati orang tua-tua. Pak Joe menyesal kerana tidak mampu melapangkan masa yang secukupnya bersama anak Pak Joe. Pak Joe juga gagal untuk memberi ajaran agama yang mencukupi untuk Aleeya,” Johari meneruskan rasa kekesalan dirinya terhadap Aleeya.
“Pak Joe yakin, kelakuan Aleeya yang liar adalah sebagai tanda silent protest terhadap Pak Joe sendiri. Aleeya tidak dapat menerima hakikat perceraian Pak Joe dengan ibunya. Begitu juga Aleeya tidak dapat menerima perkahwinan Pak Joe dengan Sally. Namun di sudut hati kecil Pak Joe, Aleeya masih menyayangi dan menghormati Pak Joe. Bila Pak Joe dah terlantar begini, barulah Pak Joe sedar betapa Aleeya amat mengambil berat terhadap diri Pak Joe,” Johari terus menunjukkan keyakinannya yang begitu ketara terhadap anaknya.
“Cuma Pak Joe berharap, setidak-tidaknya Afiq akan dapat membimbing Aleeya sehingga dia graduate dalam jangka masa dua setengah tahun lagi. Kemudian daripada itu, terpulanglah kepada Afiq untuk membuat pilihan sama ada hendak melepaskan Aleeya atau sebaliknya. Kalau selepas bersamanya selama hampir tiga tahun, masih juga tidak berseusuaian, Pak Joe harap Afiq dapat melepaskan Aleeya dengan cara yang terbaik untuk kedua pihak. . Pak Joe tidak menyesal atau berkecil hati sekiranya usaha kita berdua tidak berhasil,” Johari meneruskan permintaan terakhirnya kepada Afiq.
“Tuan, sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Illahi di atas limpah rahmatnya menemukan saya dengan Tuan dan sebagai membalas jasa tuan terhadap saya, Insya Allah saya akan cuba memenuhi hasrat Tuan. Saya cuma bimbang bahawa Aleeya tidak akan dapat menerima saya. Perbezaan umur kami dan status saya sebagai seorang bapa tunggal beranak satu sudah tentulah akan menjadi rintangan utama kepada kami. Saya rasa keadaan ini amatlah tidak adil kepada Aleeya dengan kerana Aleeya masih muda lagi. Aleeya sudah pasti mempunyai minat dan naluri sebagai seorang muda . Selain daripada itu, saya rasa amat tidak adil kepada Aleeya dengan kerana saya tidak mampu lagi memberi kasih yang menyeluruh kepadanya dengan kerana hati nurani saya sudah pun tertutup rapat untuk memberi cinta lagi selepas kematian arwah isteri saya.” Afiq mencurahkan rasa hatinya.
“Afiq, janganlah susah hati mengenai perkara ini. There are always two sides to a picture. Untuk berlaku adil kepada Afiq dan Aleeya, saya telah pun terlebih dahulu berbincang dengan Aleeya mengenainya. Aleeya juga mempunyai kebimbangan yang serupa takut-takut akan berlaku konflik di antara Afiq berdua. Dengan hati yang berat, Aleeya telah menerima cadangan Pak Joe tetapi dengan satu syarat iaitu Afiq hendaklah memberi ruang kepadanya untuk meneruskan cara hidupnya bersendirian. Afiq perlu berbincang dan mencapai kata sepakat mengenai syarat-syarat pra-perkahwinan sebelum majlis akad nikah dilangsungkan. Adakah cadangan Aleeya ini boleh dipersetujui oleh Afiq,” Johari meminta keputusan daripada Afiq.
“Tuan, sepertimana saya katakan awal-awal lagi, untuk kesejahteraan Tuan, saya sanggup untuk menunaikan permintaan Aleeya. Tuan janganlah bimbang,” Afiq memberi kepastian yang amat mengembirakan Johari