Tuesday, June 16, 2009

REMEMBRANCE 29: MUDIM



Khemah bahagian lelaki

Khemah bahagian perempuan

Pandangan daripada pintu masuk


Tiga serangkai selepas berkhatan




Sepupu yang sudah pun berkhatan tentulah relaks


Pada hari Isnain, 01.06.2009 Kak Nab telah mengadakan majlis berkhatan bagi tiga cucu lelakinya. Sempena majlis berkhatan tersebut, Kak Nab dan anak-anaknya telah menyembelih seekor lembu untuk majlis kenduri dan aqiqah cucunya. Menu kenduri yang dicadangkan Kak Nab hanyalah ringkas iaitu gulai tulang, daging rebus cicah air asam, kerabu perut bercampur mempelam, sayur rebung dan acar rebung serta sambal ulam-ulaman.
Mendengar cerita mengenai menu kenduri sahaja, saya tidak mempunyai masalah mengenai pemandu. Shiwar telah minta kebenaran keluar lebih awal pada jam 12.00 tgh. Begitu juga dengan Ezman yang telah keluar pejabat pada waktu yang sama. Marini yang tidak mempunyai kesempatan untuk pergi bersama telah memesan supaya membawa balik nasi kenduri untuknya. Memang tidak merugikan kepada Shiwar dan Ezman yang telah keluar awal kerana mereka berdualah yang amat menikmati hidangan kenduri yang disediakan.

Mengikut Ari, anak ketiga Kak Nab mereka sekeluarga telah bersetuju prosidur berkhatan disempurnakan oleh Tok Mudim tradisional yang telah melakukan upacara berkhatan kepada diri mereka sendiri lebih dua puluh lima tahun dahulu. Seiring dengan peredaran zaman. Tok Mudim ini telah menambaikkan prosidur berkhatan dengan ubat-ubat moden seperti pain killer dan antibiotik. Untuk menenangkan pemikiran kanak-kanak yang akan berkhatan, Tok Mudim juga menyediakan kemudahan tayangan video rancangan kegemaran kanak-kanak terkini.

Namun demikian, Tok Mudim yang sudah pun lanjut usia tidak lagi mampu membuat house call. Semua prosidur berkhatan dilakukan di rumah Tok Mudim sendiri yang mana telah menyediakan ruang tamu yang luas di rumahnya bagi maksud menempatkan pelanggan-pelanggannya. Kanak-kanak yang sudah dikhatankan akan dibenarkan pulang selepas dua jam berkhatan apabila Tok Mudim berpuas hati tidak wujud lagi komplikasi.

Tok Mudim tradisional ini adalah merupakan golongan pengamal perubatan tradisional yang spesisnya hampir pupus. Tidak ada anak buah Tok Mudim ini yang mampu mewarisi ilmu berkhatan daripadanya dan dikhuatiri ilmu ini akan bersemadi bersama Tok Mudim apabila beliau meninggal nanti. Bagi tiga cucu Kak Nab yang telah diberkhatankan dengan sempurna, di dalam tangisan mereka ketawa besar dengan kerana setiap seorang telah dapat mengumpulkan sumbangan daripada tetamu majlis kenduri melebihi RM 700.00 seorang. Syukur Alhamdullillah.

3 comments:

  1. Salam ami zain..fairuz baca tiap2 ari blog ami zain ni.fairuz ada tp tak nah update pun.bz..tapi fairuz lebih suka ami zain punya writing post in english lagik..apa pun hope ami zain & family happy selalu.take care..

    ReplyDelete
  2. Fairuz, Ami Zain try to please every body by writing in Malay and English. I wrote in Malay with the sole intention of having some responses from our side of the family. I would be more be productive in posting the blog in replying to responses. That is why there more posting in the Siblings series since I have more responses from that sector. TQ

    ReplyDelete
  3. salam..

    saya sedang membuat kajian mengenai berkhatan secara tradisional. Saya nak tanya, tok mudim yang terlibat dalam majlis diatas masih ada lagi tak? dan bagaimana saya ingin hubungi beliau? harap saudara boleh membantu..terima kasih.

    ReplyDelete