Saturday, June 6, 2009

SIBLINGS 24: SEMUA BOLEH

Pengantin perempuan, Lydia Ezzaida di bilik pengantin




Azizan telah membeli bunga-bunga di Padang Besar dengan harga RM 90.00 dan menambahbaikkan dengan adunan sinaran lampu-lampu yang amat menarik




Hantaran yang disediakan oleh Azizan yang hanya mengambil masa 3 jam

Pelamin yang yang direka oleh Azizan

Khalid dari Pejabat Kewangan Negeri adalah penyanyi asli yang berkaliber

Kumpulan muzik tradisional dari Kedah dan Perlis

Dari kiri: Zam dan Kak Chik, anak Tok Su Hussein



Hari ini (06.06.2009), saya dan Zam telah hadir di kenduri perkahwinan Lydia Ezzaida, anak kepada Azizan Hussien di 114, Lorong 6A Fasa 2A, Taman Mahsuri, Bandar Darul Aman, P.O. 60000 Jitra. Azizan adalah anak bongsu kepada Tok Su Hussein dan beliau adalah seorang seniman dan amat kreatif sekali. Semua dekorasi di dalam rumah and set pelamin disediakan oleh tangan seni Azizan. Begitu juga dekorasi hantaran juga disediakan oleh Azizan. Azizan hanya mengambil masa semalam sahaja (05.06.2009) untuk menyediakan dekorasi 9 hantaran di pihak pengantin perempuan.
Cenderahati perkahwinan juga adalah lain dari yang lain sepertimana yang pernah kami terima di majlis-majlis perkahwinan yang lain. Yang paling istimewa bagi Azizan ialah beliau membeli barangan asas yang biasa tetapi beliau mampu menghasilkan hasil kraf tangan yang nampak berjenama dan amat menarik. Azizan adalah seorang yang serba boleh dan majlis perkahwinan anaknya diserikan pula oleh dendangan lagu yang lunak-lunak ihsan dari kenalannya di bidang seni.

No comments:

Post a Comment