Thursday, August 20, 2009

NUR HIDAYAH 10

10

Semasa mula tiba di New Zealand, Afiq tidak terasa dirinya keseorangan. Pelajar-Pelajar senior telah mengadakan program oriantasi yang membolehkan pelajar-pelajar baru menyesuaikan diri dengan kejutan pertembungan budaya. Selepas satu semester berada di New Zealand, Afiq juga mula melibatkan dirinya secara aktif dengan sesi-sesi kaunseling yang diterajui oleh pelajar senior Che Hanim Abdullah. Hanim juga adalah pelajar jurusan Arkitektur di semester keempat.

Perwatakan Hanim yang lemah lembut dan berperanan sebagai pendengar yang amat penyabar serta mudah menyelami perasaan pelanggan adalah merupakan faktor utama yang memastikan keberkesanan sesi kaunselingnya. Justru itu, Hanim adalah salah seorang kuanselor yang begitu kerkesan dan Afiq amat mengkagumi perwatakan Hanim.

Hanim adalah gadis keturunan Cina yang menjadi anak angkat kepada keluarga Pak Malik dan Mak Sofni di Kampung Ruat, Daerah Yan. Ibu bapa sebenar Hanim iaitu Encik Kang dan Nyonya Ch’ng. Mereka telah menyerahkan Hanim ketika berusia dua bulan kepada jiran karib mereka iaitu keluarga Pak Malik. Keluarga Encik Kang terpaksa menyerah anaknya dengan kerana mereka terpaksa berhijrah ke Perak bagi mengelakkan diri daripada cengkaman penghutang. Encik Kang terjerumus dirinya dengan tanggungan hutang yang banyak bagi mengubati penyakit kanser mendiang ibunya.

Walau pun kini telah mencecah usia 24 tahun, namun Hanim masih lagi mencari-cari asal usulnya. Siapakah dan dimanakah ibu bapa sebenarnya kini. Perhubungan ibu bapa angkatnya dengan ibu bapa sebenar Hanim telah terputus sebaik sahaja ibu bapa sebenar Hanim menyerahkan Hanim kepada keluarga Pak Malik. Mereka berdua tidak menghubungi lansung keluarga Pak Malik. Hanim mula mengetahui identiti dirinya sebenar apabila diberitahu oleh ibu bapa angkatnya semasa beliau memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ruat.

Pada pertemuan kali pertama Afiq dengan Hanim, telah pun terdapat tarikan kimia di antara mereka berdua. Afiq cukup selesa dengan perhubungannya bersama Hanim. Mereka berdua sering berpasangan apabila menemui pelajar bermasalah untuk sesi kaunseling. Pendekatan Hanim secara lembut bergandingan dengan pendekatan Afiq daripada aspek keagamaan adalah merupakan gandingan yang paling berkesan untuk membantu pelajar-pelajar bermasalah yang memerlukan bantuan.

Daripada sesi kaunseling yang diikutimya, Afiq mendapati bahawa faktor utama yang menghantui pelajar-pelajar di New Zealand ialah terputusnya sumber kewangan apabila terdapat kelewatan pembayaran biasiswa. Terdapat juga pelajar-pelajar yang manghadapi masalah pembelian peralatan-peralatan pembelajaran apabila terputusnya sumber kewangan. Bagi mengatasi masalah ini secara jangka pendek, Afiq telah mengadakan bank data yang memudahkan pelajar-pelajar mendapat pekerjaan sambilan bagi menampung kos hidup pelajar. Mengikut peraturan di New Zealand, seorang pelajar hanya dibenar mengerjakan kerja sambilan untuk tempohan masa 20 jam sahaja seminggu.

Afiq juga telah berjaya mengadakan persefahaman pembelian secara kredit dengan beberapa pembekal peralatan pembelajaran. Usaha-usaha murni Afiq telah dapat membantu ke arah mengurangkan bebanan pelajar-pelajar. Kombinasi kerja amal Afiq dan Hanim sentiasa mendapat perhatian pelajar-pelajar dan juga Jabatan Pelajar di Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand.

No comments:

Post a Comment