Monday, August 31, 2009

NUR HIDAYAH 11

11

Disebabkan latar belakang agamanya, Afiq sering dijemput untuk menerajui aktiviti-aktiviti keagamaan yang melibatkan pelajar-pelajar Malaysia dan pelajar-pelajar Islam dari Negara-negara lain. Melalui aktiviti-aktiviti amal inilah Afiq telah dapat menjejaki pelajar-pelajar Malaysia yang berstatus sama dengannya iaitu sebagai anak-anak yatim. Di atas cetusan pemikiran Afiq, setiap dua bulan, kumpulan anak-anak yatim pelajar-pelajar Malaysia daripada seluruh New Zealand akan berkumpul di dalam sesi percambahan fikiran di Wellington. Hasil daripada sesi percambahan fikiran inilah lahirnya cetusan ilham mengenai penubuhan Yayasan Nur Hidayah.

Objektif penubuhan Yayasan Nur Hidayah ialah untuk menggabung tenaga anak-anak yatim bagi tujuan melahirkan suatu institusi yang tersusun dan saling melengkapi bagi membantu anak-anak yatim yang memerlukan bantuan material dan mental. Anak-anak yatim yang menjadi penerima akan dibantu ke arah meningkatkan prestasi mereka di dalam bidang akedemik dan ekonomi.

Adalah diharapkan bahawa kejayaan penerima-penerima ini akan menjadi pendorong ke arah mempengaruhi mereka untuk berperanan sebagai pemberi di kemudian hari. Prinsip utama Yayasan Nur Hidayah ialah mengamalkan falasafah “holistic approach with intergrity and willingness to strive for excellence for the benefit of the ummah. “ Mana-mana ahli yang tidak berdisiplin sama ada dari segi tingkah laku dan tidak beramanah akan disingkirkan daripada menyertai Yayasan Nur Hidayah.

Sebagai wang permulaan untuk memulakan aktiviti amal Yayasan Nur Hidayah, Afiq telah menyerahkan wang pemberian Tuan Johari kepadanya sebanyak NZ$ 5,000.00 sebagai modal permulaan Yayasan Nur Hidayah. Hanim telah dipertanggungjawabkan sebagai Bendahari Yayasan Nur Hidayah. Setiap pinjaman daripada Yayasan Nur Hidayah akan dikenakan kos pengurusan pada kadar 5 % ke atas jumlah pinjaman dikeluarkan. Mana-mana ahli yang mendapat peluang pekerjaan sambilan melalui rangkaian Yayasan Nur Hidayah akan menyumbangkan secara ikhlas sebanyak 5 % daripada hasil keseluruhan pendapatannya.

Afiq telah juga menjalinkan perhubungan yang akrab dengan pembekal-pembekal barangan halal di New Zealand. Selain daripada mendapat kemudahan kredit, Afiq juga mendapat potongan harga yang menggalakkan daripada pembekal. Di musim perayaan, Yayasan Nur Hidayah turut menerima pesanan untuk daging-daging halal daripada Malaysia. Yayasan Nur Hidayah mampu membekalkan permintaan daripada Malaysia pada kadar purata empat kontena sebulan.

Dengan kebolehan memasak yang diasuh oleh arwah Pak Chik Mansur, Afiq telah berjinak-jinak melatih ahli-ahli Yayasan dengan ilmu masakan tradisional dan komtemprori Malaysia. Apabila tahap kepakaran mereka teruja, Yayasan Nur Hidayah telah memulakan secara sambilan perkhidmatan katering halal. Setiap kali majlis jamuan dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia atau masyarakat Islam Malaysia yang lain, kumpulan Yayasan Nur Hidayah yang dipilih sebagai keterer utama. Di dalam jangka masa lima tahun Afiq berada di New Zealand, Yayasan Nur Hidayah telah mampu mengumpul asset sebanyak NZ$ 100,000.00.







No comments:

Post a Comment