Wednesday, January 13, 2010

SIBLINGS 62: ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG


Nampaknya bubur asyura Mak Teh di dalam blog Siblings 61 telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pelayar blog yang setia. Di atas permintaan Marini yang pandai makan dan kempunan asam pedas ikan sembilang tetapi tidak pandai memasaknya, Mak Teh telah menyahut cabaran ini dan menyediakan asam pedas ikan sembilang khas untuk santapan warga Alor Setar sahaja.

Marini memperakui bahawa asam pedas ikan sembilang Mak Teh sedap gila (saduran ungkapan Alin). Untuk yang kempunan seperti Marini dan juga menyahut permintaan daripada Nana, maka diperturunkan resipi Mak Teh khusus untuk pelayar blog yang setia abadi.


ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG

BAHAN-BAHANNYA
:

1. Ikan sembilang – 1 ekor

Basuh ikan dahulu, kemudian rendam selama 30 minit dengan asam limau dan garam.
Kalau ada telor ikan, basuh telor ikan dan remdam dengan sedikit cuka dan asam limau. Perap seketika dan kemudiannya dibasuh semula. Rebus dan selepas itu ditapis sejat.

2. Cabai kering - 8 tangkai
3. Bawang puteh - 2 ulas
4. Bawang merah - 6 ulas
5. Serai - 1 batang
6. Bunga kantan - 1 kuntum
7. Daun kesum (bukan daun ketum) - 5 tangkai
8. Belacan - sebesar ibu jari
9. Beras - 1 sudu besar (digoreng dan dikisar halus)
10. Asam jawa - Sedikit
11. Asam keping - 3 keping (direndam sebentar)
12. Garam secukup rasa.

CARA MEMBUATNYA

Cabai kering, bawang puteh, bawah merah dan belacan dikisar (blend).
Rebus bahan-bahan tadi dengan 1 liter air
Masukkan air asam jawa, asam gelugor, bunga kantan, daun kesum, serai dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan ikan dan telor ikan yang telah direbus. Setelah rebusan mendidih, masukkan serbuk beras yang sudah digoreng dan dikisar.

Selamat mencuba sendiri,
Kalau tak menjadi,
Tanggunglah sendiri. .
Bukanlah salah resipi,
Mungkin yang empunya diri,

2 comments:

  1. K tq,boleh la hari Ahad ni try...if jadi

    ReplyDelete
  2. dah try ka nana. sabtu lpas dating dgn jim tgk wayang. larat ka ahad nak masak pula

    ReplyDelete