Wednesday, June 17, 2009

REMEMBRANCE 30: YANG BERBAHAGIA

Panggilan hormat ‘Yang Berbahagia’ mengikut susunan keutamaan sepertimana tercatit dalam buku ‘Protokol dan Etiket’ penerbitan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN):

Setiausaha Jemaah Menteri/
Ketua Setiausaha Negara,
Peguam Negara,
Panglima Angkatan Tentera,
Ketua Polis Negara
Ketua Pengarah Perkhidmatan Amam.
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Penyandang Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N.)
Penyandang Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
Penyandang Darjah Panglima Setia Di Raja (P.S.D.)
Ketua-Ketua Setiausaha Kementeriaan
Penyandang Gelaran Datuk atau Dato’ dari Negeri- negeri kecuali Johor



Panggilan hormat 'Yang Berusaha' sepertimana tercatit dalam buku ' Susila Protokol Di Raja, Diplomatik dan Formal' oleh Adib Vincent Tan bin Abdullah:

Ketua-ketua Jabatan Negara dan Negeri,
Pegawai-pegawai Daerah atau Jajahan;
Residen-residen (di Sabah dan Sarawak)
Yang DiPertua Majlis Daerah
Ahli-ahli Majlis Dewan Bandaraya

Panggilan hormat 'Yang Amat Setia' atau 'Yang Setia' sepertimana yang tercatit dalam buku 'Susila Protokol Di Raja, Diplomatik dan Formal' adalah dikhususkan kepada Pegawai-Pegawai Angkatan Bersenjata:
Yang Amat Setia
Bagi pegawai Tentera yang berpangkat Brigadier Jeneral ke atas
Bagi pegawai Polis berpangkat Timbalan Pesuruhjaya ke atas
Ketua Polis Negeri
Timbalan Ketua Polis Negeri
Yang Setia
Bagi pegawai Tentera yang berpangkat Kolonel dan ke bawah
Bagi pegawai Polis yang berpangkat Penguasa hingga ke Penolong Kanan Pesuruhjaya
Ketua Polis Daerah
Timbalan Ketua Polis Daerah
Panggilan hormat untuk penjawat Majlis dan Jabatan Agama Islam sepertimana yang tercatit dalam buku 'Gelaran dan Perturan Melakukan Tataadab' oleh V.W.Y.Tung:


Sahibul Samahah
Mufti

Sahibul Fadillah
Kadi Besar

Al-Fadhil
Kadi Daerah

Mengikut buku 'Pantun dan Gurindam untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan' oleh Prof. Abdullah hassan , Arifin Said and Ainon Mohd., pada umumnya panggilan Puan sentiasa dapat diterima baik oleh semua wanita, pada semua waktu dan di semua tempat. Panggilan Puan digunakan sebelum nama jawatan apabila beliau diketahui sudah berkahwin. Panggilan Puan digunakan sebelum panggilan Hajah. Panggilan Puan juga digunakan kepada wanita yang pernah berkahwin tetapi sudah bercerai dan mereka yang kematian suami.

3 comments:

  1. k..tk.baru nak smbung buat skrip utk majlis perasmian & pnutup.doakan moga nana tak bersin masa mengacara,la ni ada selsema sikit

    ReplyDelete
  2. Nana, Lid dan Mak berdoa semoga Nana dapat mengendalikan majlis dengan sempurna adanya.

    ReplyDelete
  3. this is indeed a very good information :-) ... banyak orang bleh buat reference ..

    ReplyDelete