Sunday, May 31, 2009

SAHOCA 12 : FEAST FOR HEALTH

Majlis Kesyukuran Dato' Syed Azizan dan Datin Asiah di Kuarters MADA RPM 8, Jalan Lumba Kuda, Alor Setar pada hari Ahad, 31.05.2009. Majlis Kesyukuran ini adalah bagi meraikan perkahwinan anak bongsu Dato' Syed Azizan.




Dari kiri: Kassim dan Tan Sri Tajudin Ramli
Rakan sekelas yang nama dilupai bertembung di kenduri kesyukuran Dato' Syed Azizan

Majis perkahwinan Mohammad Azari Adam, anak lelaki Dato' Paduka Bakar Taib di 2821-K, Lorong Menteri 2, Jalan Menteri , Alor Setar.

Pada hari Ahad, 31.05.2009 bekas pelajar Kolej, Dato' Paduka Bakar Taib dan Dato' Syed Azizan telah mengadakan majlis perkahwinan anakanda mereka berdua. Sebagai Collegians, Tan Sri Tajudin Ramli dan Dato' Abdul Halim Abdullah telah pulang dari Kuala Lumpur khusus untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Saya dan Zam tumpang sekaki bersama mereka berdua.

Oleh kerana terdapat banyak juruaudit, saya tidaklah dapat menjamah makanan seperti daging kambing dan daging rusa bakar seperti yang dihidangkan oleh Dato' Syed Azizan. Oleh kerana kuota telah mencukupi, saya juga tidak dapat menghayati sepenuhnya hidangan Ramli Ikan Bakar di kenduri rumah Dato' Bakar. Nampaknya kenduri ini adalah kenduri kawalan ketat terhad untuk kesihatan.

2 comments:

  1. awat dalam gambaq kenduti anak dato bakar pak tuan nampak besaq sangat, optical illision ke atau memang dah besaq?

    ReplyDelete
  2. Bukan optical atau pun digital illusion. Memang badan dah tara tu iaitu sebagai anak jati rakyat negeri Jelapang Padi yang amat menghayati dan mengsyukuri kemakmuran negara tercinta.

    ReplyDelete