Bila Mak Tok kejutkan Toi dari tidurnya, Kentoi akan melompat ke atas almari kasut dan terus sambung tidurnya. Kentoi akan terus tidur di situ tanpa menghiraukan waktu makannya. Tok At yang berkerja di Pejabat Pendaftaran Kelahiran dan Kematian mengatakan kepada Mak Tok bahawa Kentoi akan melahirkan anak. Mak Tok tak berapa yakin dengan pendapat Pak Ad dengan kerana Pak Ad tentulah pakar mengenai kelahiran manusia dan bukan lah tentang kelahiran kucing.
Bila Mak Tok bincang dengan Ami Chik, dia pun setuju untuk memindahkan Kentoi ke pasar ikan. Mak Tok pun suruhlah Tok Lid beli sangkar untuk Kentoi apabila hendak dipindahkan ke pasar ikan. Kentoi mungkin akan meronta-ronta sekiranya dibawa tanpa sangkar yang sesuai. Sangkar itu juga boleh digunakan untuk membawa Kentoi atau anak-anaknya untuk mendapat rawatan di klinik haiwan. Walau pun Kentoi sedang murung tetapi anak-anak Kentoi tidak pun tahu bahawa ibu mereka mempunyai masalah.
Tiap-tiap pagi, Naruto akan bermain dengan adik-adiknya Kitty dan Boboy
Begitu juga dengan Kitty
dan juga Boboy
Bagaimana nakal tuannya Alya, begitulah Kitty yang amat nakal itu. Kitty seekorlah yang berani keluar daripada kawasan rumah Mak Tok menghala ke rumah Tok Auntie Fauziah
Atau pun Kitty akan bergaduh dengan abangnya Naruto
Ketiga-tiga mereka akan cuba sedaya upaya untuk melompat ke atas wakaf
Boboy pun sangat marah dan cemburu kepada Kitty dengan kerana macam mana tuannya Alya, Kitty juga suka menunjuk-nunjuk kepada adiknya bahawa dia lebih cekap dari adiknya.
Naruto dan Boboy yang amat cemburu dengan telatah Kitty telah berpakat untuk bermain sembunyi-sembunyi bersama mereka berdua sahaja. Mereka tidak mahu bermain lagi dengan Kitty.
Boboy pun terus bermain sembunyi-sembunyi dengan Naruto tanpa menghiraukan Kitty
Kitty pun mengatakan kepada abangnya Naruto dan adiknya Boboy bahawa dia tidak hairan sekiranya mereka berdua tidak mahu bermain dengannya. Sebaliknya dia akan bermain dengan kawannya monyet Moon di rumah Nek Teh
Selepas dimarahi oleh umminya Kentoi, Naruto, Kitty dan Boboy pun berbaik semula dan makan bersama-sama.
No comments:
Post a Comment