Tuesday, November 17, 2009

REMEMBRANCE 52:OUR HERITAGE

Gambar Tok Su di rumah Chak Intan pada hari Jumaat 20.11.2009
Pada hari Ahad 25.10.2009, Syed Basir telah datang ke rumah dan menyerahkan cek di atas nama Ami Syed Salleh yang bertarikh 13.09.2009. Cek tersebut adalah sebagai bayaran pendahuluan 10% di atas penjualan tanah pusaka Bibi Sharifah Timah. Syed Basir meminta tolong menyerahkan cek tersebut kepada Ami Syed Salleh. Walau pun saya tidak kena mengena dengan urusan perjualan tersebut, tetapi memandangkan kepada kedudukan saya yang lebih tua, saya pun terimalah cek tersebut.

Apabila menerima cek tersebut barulah saya sedar permasalahan saya. Saya tidak ada alamat rumah Ad atau pun nombor akaun bank Ami Syed Salleh. Saya terus meminta maklumat dari Ad dan telah mendapat nombor akaun bank pada hari Sabtu, 14.11.2009. Pada hari Isnin, 16 saya pun mengkreditkan cek tersebut ke dalam akaun Ami Syed Salleh pada hari Isnin 16.11.2009.


Bila mengenangkan tanah pusaka, waris-waris Bibi Sharifah Bedah dan Bibi Sharifah Timah amat bertuah sekali kerana dapat menjualkan tanah pusaka tersebut dengan harga yang agak baik. Pusaka yang memberi pulangan wang memanglah menjadi daya tarikan seperti semut dengan gula. Namun pusaka hidup seperti Tok Su Sharifah Esah pula tentulah tidak menjadi tarikan langsung. Sudahlah lanjut umur (hamper 100 tahun) dan nyanyuk tetapi tidak pula mempunyai daya tarikan harta pusaka yang berharga.


Tanpa faktor tarikan ini, pusaka hidup Tok Su tentulah tidak mendapat perhatian daripada 27 cucu-cucu saudaranya (cucu Allahyarham Syed Mohammad). Mereka juga telah lupa kepada jasa-jasa Tok Su semasa Tok Su berkemampuan memberinya mereka. Ada cucu saudara yang menakut-nakutkan pupu-pupu suapaya tidak mendekati Tok Su dengan andaian akan mendapat saka. Cicit saudara pun tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memberi bantuan Jabatan Masyarakat.

Tok Su adalah seorang yang cintakan kebebasan dan begitulah hidupnya hampir seratus. Oleh kerana Tok Su tidak berkahwin lagi selepas berkahwin dengan Tuan Bulat dari Kubang Rotan. Walau pun sudah nyanyuk tetapi kawasan rumah sentiasa bersih dengan kerana Tok Su adalah seaong yang sukakan kebersihan. Tok Su tidak mempunyai anak untuk bergantung di hari tuannya. Kak Yeh telah mencadang supaya Tok Su tinggal dengannya, tetapi sikap jiwa kebebasan yang ada pada diri Tok Su tidak mengizinkan Tok Su untuk tinggal dengan Kak Yeh.

Oleh yang demikian, saya dan Kak Yeh telah mengambil initiatif untuk mengupah anak Pak Long Ali untuk menyediakan makan minum di samping menjaga kebersihan diri Tok Su. Saya tidak mengharapkan bantuan kewangan daripada sepupu-sepupu yang lain tetapi yang mendukacitakan ialah sepupu-sepupu yang lain tidak mengambil initiatif untuk melawat Tok Su dan berborak-borak. Berborak-borak dengan cucu-cucu saudaranya adalah menjadi satu keseronokan kepada Tok Su. Pada musim buah, Tok Su akan menyimpan buah-buah untuk cucu-cucu saudara nya tetapi tiada yang datang. Saya dan Kak Yeh mempunyai talian persudaraan yang setaraf dengan cucu-cucu saudara lain.








Kawasan rumah Tok Su yang sentiasa bersih




Jika ada rezeki bertambah, saya akan memperbaiki pintu pagar (yang amat uzur) ke rumah Tok Su.
Ketiadaan pintu pagar yang boleh digunakan terus ke rumah Tok Su tanpa perlu melalui pintu pagar Chak Intan mungkin menjadi alasan mengapa cucu-cucu saudara Tok Su mempunyai kesukaran ke rumah Tok Su.


Zam dengan Marini cuba memasuki kawasan rumah Tok Su melalui pintu pagar uzur









No comments:

Post a Comment