Tuesday, November 17, 2009

REMEMBRANCE 51: SELANGKAH KE DEWASA

Pada hari Rabu, 18.11.2009 seramai 406,420 pelajar di seluruh Malaysia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2009. Di antara mereka yang beradu kepandaian dan kefahaman ialah dua cucu Allahyarham Syed Abdullah dan Allahyarhamah Sharifah Meriam. Di antara 35,798 calun SPM di Negeri Kedah ialah Hanif anak kepada Norin. Manakala Nadia anak kepada Za akan mengambil peperiksaan di Putra Jaya. Kedua-dua mereka telah pun melalui berbagai liku untuk sampai ke saat yang mencabar ini.

Kalau emak dan Lid masih, sudah pasti berdua akan berdoa dan membaca surah Yassin untuk memohon keberkatan Illahi bagi membolehkan mereka berdua mencapai kejayaan yang cemerlang. Namun demikian, sudah pasti kedua-dua ibu bapa mereka telah menyempurnakan persiapan yang serupa untuk kedua-dua anak mereka. Kita sama-samalah berdoa ke hadrat Illahi supaya mereka berdua mendapat kejayaan yang cemerlang nanti.

Kini hanya tinggal dua daripada 21 cucu Lid dan Emak yang masih lagi di peringkat pengajian sekolah menengah iaitu Fariz dan Siti Khatijah.


Pada hari Sabtu, 14.11.2009 calun SPM di Kampung Hutan Setali bersama abangnya Shahir masih berkerja keras menyempurnakan persiapan untuk benih padi yang baik yang perlu ditaburkan oleh ayah mereka Fadil pada petang itu.


Dari kiri: Hanif dan Shahir sedang memilih benih padi yang kering dan elok


Dua gundi benih yang sempurna dimuatkan ke atas motosikal untuk dibawa ke sawah. Shahir pula menyusuli ayahnya dengan satu gundi benih lagi


Oleh kerana melebihi muatan, Hanif terpaksa membantu dengan menolak mostosikal ayahnya

Fadil dengan muatan yang sarat meminta Shahir menyusulinya

Kedua-dua anak beranak berlepas ke sawah


Nampaknya penduduk motosikal rumah Norin bertambah menjadi lima buah walau pun selepas sebuah motosikal telah disedekahkan di kawasan Masjid Pulau Maharaja.

Abang yang jauh bergegas pulang memberi sokongan moral kepada Hanif










No comments:

Post a Comment