Tuesday, March 27, 2012
REMEMBRANCE 111: DIPINANG
Jumaat, 25 Februari 2012, sehari sebelum majlis semuanya
nampak keletihan.
Kampung Hutan Setali dah pun lelap. Tuan Rumah pun ikut
lelap sama.
Yang masih terbeliak mata dan mampu berbual hanyalah tetamu
terdekat dari Rembau dan dari Sungai Petani yang tidak memandu.
Hari Sabtu, 26 Februari 2012, pesan terakhir Fairuz kepada
Ryan, janganlah buaih-buaih nanti rosak majlis Bi Za
Hari Sabtu, 26 Februari 2012, sebelum majlis bermula
Kamal menyampaikan salam Che Gu Mat Hussein kepada
Ami Daud walau pun dia belum sempat duduk.
Ami Daud memang sihat selepas dipomen jantungnya.
Kena tulis nama-nama terlebih kerana saya
kini sudah mudah lupa
Setelah terantuk baru tergadah,
Kali ini semua bicara di atas kerusi.
Dari kanan: 1. Izuan,anak buah Syed Jaafar @ Imam Muda
Masjid Kepong yang akan membaca doa selamat
2. Tuan Haji Abu Aman bin Kasbun, Imam Masjid di Kuantan,
Jurucakap pihak yang meminang
dan 3. SyedZain, jurucakap pihak yang dipinang.
Adat meminang dimulakan dengan rasminya oleh Tuan Haji
Abu Aman bin Kasbun, bapa saudara kepada Shahrul Adzli
Mak Chik yang selesa di atas kerusi. Namun selepas berpindah
ke kerusi lebih rendah, Mak Chik pun menghadapi masaalah yang
sama sepertimana saya hadapi semasa majlis pertunangan Kamal
Zam yang telah berpengalaman mengenainya sentiasa di sisi
Mak Chik sehingga Mak Chik beredar balik
Najwa menunggu dengan penuh debaran
Dah bersedia untuk jari manis disarung cincin pertunangan
Najwa jangan gelabah, Mak Chaq ada
Bakal ibu mertua, Puan Amirah binti Kompol menyarung
cincin pertunangan di jari manis Najwa
Serasi bersama
Tiga serangkai permata hati Syed Jaafaq dan Za
Shahruladzli bin Mohammad Jamil jejaka idaman dari
Sabak Bernam yang mencuri hati Najwa
Apa benda yang orang Kedah reka
Tersenyum manis dari Sabak Bernam bagaikan gula berwajah
bawang putih
Syed Jaafaq memperkenalkan Tuan Haji Abu Seman kepada
adik beradik dari Kedah
Macam Kamal juga, Shahruladzli pun berada di majlis
pertunangan . Lagi cun, di Putrajaya boleh bergambar
bersama. Di Gajah Mati, hanya setakat simpan dalam hati.
Tak puaih dok cerita bab lama-lama dengan Ami Daud.
Macam zaman muda-muda dulu, Ami Daud dok melilau
dengan Vespa merata-rata. Bila dah lanjut usia, melilau tetap
melilau tetapi dah naik darjat iaitu dengan kapai terbang.
Kini Ami Daud pula banyak melilau menimba ilmu akhirat
sehingga ke Masir dan Yemen. Sambil itu, Ami Daud juga
rajin melilau ke Indonesia mencari akaq keturunan Al Idrus
Yang lama dan yang baru.
Yang lama, enjin dah over haul.
Yang baru, enjin masih celaru,
Mana boleh lawan enjin over haul.
Syukur Alhamdulillah kepada yang Esa,
Kesemua lima beradik dapat bersama,
Sampai juga ke majlis di Putrajaya,
Melalui jalan darat mau pun udara.
REMEMBRANCE 110: ONLY SURVIVOR
From left: Pak Ngah Lateh and the son in law of the late Ku Saad
From left: Ku Hamzah, the son of Ku Saad, Ngda Ku Puteh and
Mohd. Noor, the son of Ku Jamjam
Mak Long Ropeah's granary at her house in Kampong Ketol
Zam admiring the clean surroundings of Mak Long Ropeh's house
There were two other siblings of my late maternal grand father, Syed Hassan bin Syed Ahmad. There were the late Syed Alwi dan the late Sharifah Som. My grand uncle, Syed Alwi settled down in Kampung Hutan Setali whereas my grand auntie, Sharifah Som settled down in Kampung Ketol when she married Ku Hassan. The late Sharifah Som has five children namely Ku Ropeah, Ku Jamjam, Ku Zaharah, Ku Saad and Ku Puteh. As on the 1st. February 2012, three out of the five siblings has passed away namely Ku Jamjam, Ku Zaharah and Ku Saad.
On Friday, 3rd. February 2012 @ 10 Rabiulawal 1433, Zam and I attended a feast hosted by Mohd. Noor the son of Ku Jamjam at Kampong Ketol in commemorating the Maulidur Rasul. Ku Jamjam has passed away last year while her husband Pak Ngah Lateh is still alive. At the feast, I met the youngest of siblings namely Ngda Ku Puteh who has joined my table during the feast. I did not realized that it would be my last encounter with Ngda Ku Puteh and she passed away the next Friday and was laid to rest at Kampung Raja Cemetery, Tunjang.
With the demise of Ngda Ku Puteh, the only survivor from Tok Wa Som’s descendants is only Mak Long Ku Ropeah. On the other hand, my maternal uncle, Syed Ibrahim is the only survivor from Syed Hassan’s family. Whereas from the Syed Alwi’s family, there are still two survivors namely Sharifah Su who is residing Tambun Tulang, Perlis and and Sharifah Ma who is residing in Bangi, Selangor.
Sunday, March 25, 2012
REMEMBRANCE 109: MEMINANG
Semangat Kamal cukup cekang,
Keyakinan dirinya tinggi menggunung,
Tak kira badai apa yang melintang,
Namun direnang sampai ke hujung.
Sebentuk cincin bertatah berlian tanda pengikat ikatan
Kek manis tanda pembuka kata yang manis-manis belaka
Bekas sireh yang mengepalai hantaran mempunyai nilai
sejarah tersendiri bila mana ianya kali pertama digunakan
meminang Zam pada tahun bulan Julai 1972.
Bekas sireh inilah yang mengepelai majlis peminangan,
Firdaus, Shiwar, Faiz dan kini Kamal.
Bawang puteh berisi gula dan garam adalah pembuka bicara
sinonim dengan hasil kreatif Hindun sekeluarga
Mak Ngah dan Norin menanti ketibaan Hindun yang mengurus
sepenuhnya mengenai hantaran
Menunggu ketibaan semua anggota konvoi menuju ke Kampung
Gajah Mati, Mukim Padang Pusing, Pendang
Ketibaan di kediaman Che Husna Abdul Majid
Masih mengatur pembawa hantaran yang nampak begitu
selamba
Mana boleh macam tu. Yang senior menunggu yang junior
Pembawa hantaran mula mengatur langkah
Tiga dara pingitan
Marah kerana masing-masing ralit, Siti Khatijah
menerajui pergerakan hantaran kerana tak sabar nak
tengok bakal kak ipar
Emak juga kena mula bergerak, barulah anak-anak ikut
Nadia yang dah kehilangan suara dah mula bawa menyengit,
nasib baik kediaman Husna dekat
Yang gagah dengan ilmu persilatan sahaja boleh mewakili
Kamal.
Hanif dengan Ashraf yang boleh membawa tepak sireh dan
cincin pertunangan
Hantaran diserahkan dengan rasminya kepada pihak tuan rumah
melambangkan hajat mega rombongan Kampung Hutan Setali
Penuh sabar menunggu jamuan Nasi Arab resipi pusaka dari Yemen
Dengan Mat berada di muka pintu, semua urusan ditanggung beres
Juru gambar kamera Nikon baru, sepatutnya mengambil
gambar majlis bukannya ambil gambar ahli rombongan sendiri
Kali pertama duduk di atas lantai dengan kaki menjulur
semasa majlis pertunangan dijalankan.
Kesan negatifnya tumbukan kepala bagaikan setengah
mati dirasakan kemudian .
Pak Ngah Hassan sebagai orang lama bagi pihak yang meminang
Norin menyarung cincin di jari manis bakal menantu
Cincin manis tersarung di jari manis bakal menantu
Jutaan kasih mak
Kalau tak dakap erat-erat, memang balik tidoq tak lena.
Rasa macam tak mahu lepas tangan Mak
Kalau Mak masih ada, tentulah Mak berpuas hati dengan
pilihan hati cucu pengapit kesayangannya
Selamat bertunang Husna dengan Kamal
Semoga gula-gula berisikan emas
Jumpa lagi di Majlis Persandingan
Tolong sampaikan salam kepada Ami Daud kawan laman
saya, pesan Che Gu Mat Hussian
Isteri kedua Che Gu Mat Hussain
Zaman la ni dak tak kira lagi. Tuan tubuh yang meminang
@ Kamal pun ikut sama. Macam mana kalau tak pi, mungkin
kod tak jumpa rumah Husna
Hanif dah bersedia membawa balik juadah untu abangnya, Kamal
Selesailah sudah tugas meminang, cuma kena tunggu tugas
yang beikut iaitu menerima pinangan Nurul Jannah pada 26.02.2012
Pada pagi Ahad, 5 Februari 2012 @ 12 Rabiulawal 1433 iaitu Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) adalah hari yang amat bersejarah kepada Kamal, putera kedua kepada Fadil dan Norin. Pada hari yang mulia tersebut, saya telah diamanahkan untuk meminang bagi pihak Kamal sekuntum melati desa di Kampung Gajah Mati, Mukim Padang Pusing, Daerah Pendang. Gadis ayu yang bertuah ini atau pun Kamal yang bertuah ialah Che Husna binti Abdul Majid iaitu kenalan semasa sama-sama di POLIMAS, Bandar Darul Aman, Jitra.
Sebagai melambangkan kesepaduan, semua lima beradik anak arwah Lid dan Mak telah melapangkan masa untuk bersama-sama menyertai rombongan meminang ini. Hindun datang dari Simpang Empat, Perlis, Norlia dari Sungai Petani dan Za sekeluarga dari Putra Jaya. Tidak ketinggalan juga super senior Pak Ngah Haji Hassan dan Mak Ngah dari Pulau Maharaja yang menjadi pengeras semangat kepada rombongan meminang. .
Secara kebetulannya pula, pihak yang menerima peminangan pula ialah bapa saudara ipar kepada Che Husna. Saya amat terkejut apabila pasangan adat meminang saya, Che Gu Mat Hussein biasa bermalam di Kampung Kelubi dan mengenali pula Tok Su, Chak Intan, Chin dan juga Ku Bahadur. Rupa-rupanya Che Gu Hussein ini adalah kawan serumah dengan Ami Daud @ Syed Ahmad semasa Ami Daud mula memegang tugas sebagai Guru Pelatih di Sekolah Melayu Bukit Choras, Pendang . Ketika itu, Guru Besar Sekolah Bukit Choras ialah arwah Tuan Haji Abdullah Salleh, iaitu bapa kepada Dato' Abdul Halim Abdullah. Mengikut Dato' Halim, guru-guru pelatih di sekolah tersebut ditempatkan di Bangunan Sekolah lama dengan disediakan pemidang sebagai tempat guru-guru tersebut tinggal semasa mengajar di situ.
Tidak hairanlah bila mana Che Gu Hussein dan Ami Daud amat kenal dengan Dato' Halim dengan kerana telah menuntut di sekolah tersebut sehingga Darjah V dan memperolehi sijil tamat persekolahan Darjah VI. Yang paling menarik mengenai Che Gu Hussain ialah beliau masih mengekalkan motokar Volkswagennya yang sebaya dengan kereta pertama VW saya KB 7080 di dalam keadaan yang amat baik.
Didoakan semoga pertunangan berakhir di jinjang pelamin jua. Insya Allah