Semangat Kamal cukup cekang,
Keyakinan dirinya tinggi menggunung,
Tak kira badai apa yang melintang,
Namun direnang sampai ke hujung.
Sebentuk cincin bertatah berlian tanda pengikat ikatan
Kek manis tanda pembuka kata yang manis-manis belaka
Bekas sireh yang mengepalai hantaran mempunyai nilai
sejarah tersendiri bila mana ianya kali pertama digunakan
meminang Zam pada tahun bulan Julai 1972.
Bekas sireh inilah yang mengepelai majlis peminangan,
Firdaus, Shiwar, Faiz dan kini Kamal.
Bawang puteh berisi gula dan garam adalah pembuka bicara
sinonim dengan hasil kreatif Hindun sekeluarga
Mak Ngah dan Norin menanti ketibaan Hindun yang mengurus
sepenuhnya mengenai hantaran
Menunggu ketibaan semua anggota konvoi menuju ke Kampung
Gajah Mati, Mukim Padang Pusing, Pendang
Ketibaan di kediaman Che Husna Abdul Majid
Masih mengatur pembawa hantaran yang nampak begitu
selamba
Mana boleh macam tu. Yang senior menunggu yang junior
Pembawa hantaran mula mengatur langkah
Tiga dara pingitan
Marah kerana masing-masing ralit, Siti Khatijah
menerajui pergerakan hantaran kerana tak sabar nak
tengok bakal kak ipar
Emak juga kena mula bergerak, barulah anak-anak ikut
Nadia yang dah kehilangan suara dah mula bawa menyengit,
nasib baik kediaman Husna dekat
Yang gagah dengan ilmu persilatan sahaja boleh mewakili
Kamal.
Hanif dengan Ashraf yang boleh membawa tepak sireh dan
cincin pertunangan
Hantaran diserahkan dengan rasminya kepada pihak tuan rumah
melambangkan hajat mega rombongan Kampung Hutan Setali
Penuh sabar menunggu jamuan Nasi Arab resipi pusaka dari Yemen
Dengan Mat berada di muka pintu, semua urusan ditanggung beres
Juru gambar kamera Nikon baru, sepatutnya mengambil
gambar majlis bukannya ambil gambar ahli rombongan sendiri
Kali pertama duduk di atas lantai dengan kaki menjulur
semasa majlis pertunangan dijalankan.
Kesan negatifnya tumbukan kepala bagaikan setengah
mati dirasakan kemudian .
Pak Ngah Hassan sebagai orang lama bagi pihak yang meminang
Norin menyarung cincin di jari manis bakal menantu
Cincin manis tersarung di jari manis bakal menantu
Jutaan kasih mak
Kalau tak dakap erat-erat, memang balik tidoq tak lena.
Rasa macam tak mahu lepas tangan Mak
Kalau Mak masih ada, tentulah Mak berpuas hati dengan
pilihan hati cucu pengapit kesayangannya
Selamat bertunang Husna dengan Kamal
Semoga gula-gula berisikan emas
Jumpa lagi di Majlis Persandingan
Tolong sampaikan salam kepada Ami Daud kawan laman
saya, pesan Che Gu Mat Hussian
Isteri kedua Che Gu Mat Hussain
Zaman la ni dak tak kira lagi. Tuan tubuh yang meminang
@ Kamal pun ikut sama. Macam mana kalau tak pi, mungkin
kod tak jumpa rumah Husna
Hanif dah bersedia membawa balik juadah untu abangnya, Kamal
Selesailah sudah tugas meminang, cuma kena tunggu tugas
yang beikut iaitu menerima pinangan Nurul Jannah pada 26.02.2012
Pada pagi Ahad, 5 Februari 2012 @ 12 Rabiulawal 1433 iaitu Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) adalah hari yang amat bersejarah kepada Kamal, putera kedua kepada Fadil dan Norin. Pada hari yang mulia tersebut, saya telah diamanahkan untuk meminang bagi pihak Kamal sekuntum melati desa di Kampung Gajah Mati, Mukim Padang Pusing, Daerah Pendang. Gadis ayu yang bertuah ini atau pun Kamal yang bertuah ialah Che Husna binti Abdul Majid iaitu kenalan semasa sama-sama di POLIMAS, Bandar Darul Aman, Jitra.
Sebagai melambangkan kesepaduan, semua lima beradik anak arwah Lid dan Mak telah melapangkan masa untuk bersama-sama menyertai rombongan meminang ini. Hindun datang dari Simpang Empat, Perlis, Norlia dari Sungai Petani dan Za sekeluarga dari Putra Jaya. Tidak ketinggalan juga super senior Pak Ngah Haji Hassan dan Mak Ngah dari Pulau Maharaja yang menjadi pengeras semangat kepada rombongan meminang. .
Secara kebetulannya pula, pihak yang menerima peminangan pula ialah bapa saudara ipar kepada Che Husna. Saya amat terkejut apabila pasangan adat meminang saya, Che Gu Mat Hussein biasa bermalam di Kampung Kelubi dan mengenali pula Tok Su, Chak Intan, Chin dan juga Ku Bahadur. Rupa-rupanya Che Gu Hussein ini adalah kawan serumah dengan Ami Daud @ Syed Ahmad semasa Ami Daud mula memegang tugas sebagai Guru Pelatih di Sekolah Melayu Bukit Choras, Pendang . Ketika itu, Guru Besar Sekolah Bukit Choras ialah arwah Tuan Haji Abdullah Salleh, iaitu bapa kepada Dato' Abdul Halim Abdullah. Mengikut Dato' Halim, guru-guru pelatih di sekolah tersebut ditempatkan di Bangunan Sekolah lama dengan disediakan pemidang sebagai tempat guru-guru tersebut tinggal semasa mengajar di situ.
Tidak hairanlah bila mana Che Gu Hussein dan Ami Daud amat kenal dengan Dato' Halim dengan kerana telah menuntut di sekolah tersebut sehingga Darjah V dan memperolehi sijil tamat persekolahan Darjah VI. Yang paling menarik mengenai Che Gu Hussain ialah beliau masih mengekalkan motokar Volkswagennya yang sebaya dengan kereta pertama VW saya KB 7080 di dalam keadaan yang amat baik.
Didoakan semoga pertunangan berakhir di jinjang pelamin jua. Insya Allah
No comments:
Post a Comment