Untuk peduman sanak saudara yang menziarahi kaum kerabat yang sakit dan guru besar yang menjaga ahli kerabat yang sakit supaya terhindar daripada berulangnya peristiwa hitam pada petang hari Sabtu, 10 Mach 2012 @ 17 Rabiulakhir 1433, bersama ini diperturunkan Wasiat Imam Shafie mengenai Menziarahi Orang Sakit:
“Apabila salah seorang di antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, hendaklah ringanlah langkah untuk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah” Imam Shafie.
Amalan Sunat Yang Digalakkan
Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Perbuatan ini dapat dipereratkan lagi hubungan silaturahaim sesama Islam.
Amalan ziarah di kalangan orang-orang Islam dituntut pada bila-bila masa, bukan sekadar semasa sakit sahaja. Amalan ziarah dulakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. terhadap kaum keluarga, orang tua, bujang dan lain-lain. Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang besar sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Tarmizi, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,
“ Barang siapa yang menziarahi saudaranya kerana Allah, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.”
Adab Menziarahi Orang Sakit
1. Janganlah duduk terlalu lama semasa menziarahi pesakit kerana perbuat ini boleh menggangunya.
2. Semasa berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya. Kemudian letakkan tangan didahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
3. Hendaklah kita mendoakan supaya dia cepat sembuh.
4. Doa dan ceriatakan kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, rasul dan nabi serta orang beriman supaya penyakit itu tidak akan rasa resah gelisah dengan kesakitan yang dialami.
5. Berikan nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan, “Sabarlah, sakit ini adalah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata akan ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit itu juga, seseorang memperoleh ganjaran pahala yang banyak.”
6. Jangan makan makanan yang dihadiahkan atau makanan yang disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan itu, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
7. Sunat dibacakan doa untuknya seperti di dalam hadis yang dinyatakan oleh Imam Tarmizi yang bermaksud ” Ya Allah! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan darimu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.”
apakah hukumnya jika menghalang sanak saudara dari melawat orang sakit? adakah ianya perbuatan kejam atau perbuatan orang GILA?
ReplyDeleteBenarlah peribahasa Melayu ada menyatakan,"Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya". Jari yang terguris sembilu boleh pulih dengan sendiri tetapi hati yang terguris akan berbekas buat selamanya, seumpama kata-kata yang terukir di batu pasti akan kekal buat selamanya.Seorang tuan guru pernah berkata,"Jika kita hendak tahu sama ada hidup kita ini diredhai Allah atau tidak adalah dengan melihat bilangan orang yang tidak suka akan kita.Muhasabahlah diri anda sendiri,kuman di seberang lautan tampak,gajah di pelupuk mata tiada tampak.Tazkirah terlebih dahulu diri dan keluarga anda dahulu sebelum memberi tazkirah kepada orang lain. Segala luahan perasaan ini adalah untuk muhasabah diri sendiri dan saudara mara,jangan hanya seorang tersangkut,habis semuanya tidak merasa syurga
ReplyDeleteBagi org yg menghalang sanak saudara drpd melawat pesakit ialah org yg tiada keyakinan diri...berasa dirinya terancam,sebab itu menjadi orang yg tidak keruan...kesian dia....reputasi di Kedah dah hancur lebur
ReplyDelete"Minta maaf"....kami maafkan tetapi akan ingat sampai bila-bila
ReplyDelete