Wednesday, March 7, 2012

SIBLINGS 80: PAK TEH KITA

PAK TEH KITA

Pak Teh adalah seorang insan biasa,
Ada perasaan ada cita rasa,
Seorang jujur berfikiran mudah di minda,
Jika tak kena di mana-mana,
Dia pasti akan berkata-kata,
Meluahkan perasaan tanpa simpan di dada,
Bila sukar nak keluar dari motokar,
Kerana lupa membuka tali keledar
Kerajaan juga yang disalahkannya,
Kerana menggubal akta tali keledar,
Bila lampu terafik tidak menyala,
Yang disalahkan ialah Engineer Melayu juga,
Gambaq Melayu koman sepana,
Gambaq Hindustan yang diminatinya,
Walau pun apa yang dikatanya,
Semua orang tidak begitu terasa,
Kerana itulah kata-kata dari Pak Teh kita,
Orang yang paling Pak Teh selalu kata,
Itulah insan yang membaca tahlil untuknya,
Kerana banyak orang faham perangai dia,
Sebanyak orang itu juga yang kasihkan dia,
Semoga dicucuri rahmat tidak terhingga.





Bang Mail Omar, Khalifah tahlil malam akhir pada 2.3.2012


1. WALAU PUN PAK TEH NAMPAK BERSAHAJA TETAPI PAK TEH
AMAT PATUH KEPADA ETIKA BERPAKAIAN




Berbaju ala teluk belanga bila menghadiri majlia keagamaan




Berbaju kemeja tangan pendek di majlis-majlis lain



Tidak berbaju bila bersantai di rumah




Tak berbaju depan anak-anak saudara satu perkara biasa




Amalan tidak berbaju di luar kawasan rumah dikongsi bersama
dengan Lan, anak saudara Mak Teh


2. SEPERTI CUCU-CUCUNYA, PAK TEH AMAT GEMBIRA GILA APABILA
MEMENANGI CABUTAN BERTUAH DI
MAJLIS BERBUKA PUASA
PADA 20 OGOS 2011 YANG
LALU.
RUPA-RUPANYA ITULAH MAJLIS BERBUKA PUASA YANG TERAKHIR
BAGINYA.

KITA TURUT BERSYUKUR DI ATAS LIMPAH RAHMAT ALLAH S.W.T.
YANG TELAH MEMBERKATI PAK TEH DENGAN SUASANA AMAT
GEMBIRA
DI MAJLIS BERBUKA PUASA YANG TERAKHIR
BAGINYA .
ALHAMDULILLAH






Sumbangan kain paling kuat (Gajah Duduk) pada 4.9.2010




Sumbangan kain paling kuat (Gajah Duduk) pada 20.8.2011


Pak Teh amat selesa dengan Syun yang sentiasa menghormatiya
dengan tahap yang begitu tinggi. Syun sudah pasti penuh redha
dengan
pemergian ayah saudara yang hanya tinggal seorang





Pak Teh berdiri dengan megah dan bangga bersama hampernya





Pak Teh terus memegang erat hampernya bagaikan tidak
mahu dilepaskan langsung atau mungkin ingin terus tidur
dengannya





Ean terus memujuk Tok Teh agar meleraikan isi hamper
untuk dijamah bersama. Namun cubaannya hampa belaka.



3. BILA ADA ORANG LUAR, WALAU PUN DIA YANG PALING SENIOR,
NAMUN PAK TEH LEBIH SELESA BERSAMA ANAK
SAUDARA DAN
CUCU-CUCU SAUDARANYA





Selesa bersama cucu-cucu Syun walau pun fikirannya
melayang entah kemana






Selesa berbual dengan Mek Tet pada bila-bila masa




Walau pun serius, namun cucu-cucunya amat suka mengusiknya.
Kelihatan Nasrun sedang mencuba nasibnya dengan Pak Teh





Bila semua dah beredar, barulah selesa Pak teh di atas sofa


4. PAK TEH AMAT GEMBIRAN BILA ANAK BUAHNYA MENGHULURKAN
HADIAH DI HARI JADINYA





Baju kemeja John Master bersaiz L terus dicubanya




Pak Teh terlampau seronok sampai lupa nak
tanggalkan tanda harga




Bila disedarinya, Pak Teh lantas meminta bantuan
Marini untuk menanggalkannya




Baju hadiah hari jadinya yang menjadi baju
raya bila Pak Teh bertandang ke rumah
Mak Chik Salhah


5. KUJUJURAN DAN KEIKHLASAN PAK TEH TELAH DIBERKATI
ALLAH S.W.T.
DENGAN AHLI KELUARGA YANG AMAT MENYAYANGINYA
DAN SENTIASA
BERADA DISISINYA SEHINGGA KE SAAT TERAKHIRNYA
MENEMUI MAHA
PENCIPTA




Dari kiri: Samira, Roslina, Yazan dan Sara

6. TIGA ANAK HAJI YAACOB HAJI YUNUS DI ABAD KE 21




Gambar bertarikh Jun 2009 sangat diminati Pak Teh semasa
hayatnya kerana ia memaparkan tiga daripada tujuh anak
arwah Haji Yaacob Haji Yunus yang masih ada ketika itu.
Kini hanya kakaknya Hajjah Habibah dan Haji Salhah yang
masih meneruskan perjuangan hidup.



LAILA DAN MAJNUN DI MAJLIS BERBUKA PUASA
TERAKHIR BAGI
PASANGGAN YANG MAWADDAH
PADA 20 OGOS 2011





Penolakan wheel chair kali terakhir di Holiday Villa





Gambar terakhir Pak Teh dengan saudara mara
di seberang sana


2 comments:

  1. hari ni hari jadi tokwan..29/03/2012...semoga tokwan ditempatkan di kalangan org yg beriaman..Al-fatihah..terima kaseh pak chaq

    ReplyDelete
  2. Sama-samalah kita sedekah al Fatihah kepada arwah Tok Wan di samping turut berdoa ke hadrat Illahi semoga arwah Tok Wan ditempatkan bersama para Shuhada.
    Di hari lahir arwah Tok Wan, masih teringat bahawa seandainya Tok Wan masih ada, tentulah arwah Tok Wan akan memperingati Mak Su Tet supaya menyediakan lilin di hari Earth Hour pada 31 Mac 2012 yang lepas kerana Arwah Tok Wan acap kali tersalah anggap bahawa letrik akan dimatikan semasa earth hour di seluruh dunia. Al Fatihah

    ReplyDelete