MAJLIS BACAAN YASSIN MENDOAKAN KEBERKATAN ILLAHI
UNTUK PEMULIHAN BANG SYUN PADA HARI SABTU 17 MAC 2012,
DI 21B, LORONG KAMPONG PISANG, ALOR SETAR

Shufni dan adik-adik ipar tidak boleh berenggang

Ikut jadual, Khalifah bacaan Yassin sepatutnya sampai jam 11.00 pagi
Seperti biasa, Penyelaras dah mula gelabah ralit dok tengok jam saja.
Nalin pula ikut perangai Papa Young, pandai ambil hati super senior

Kak Aziah pun tak boleh berenggang dengan adik iparnya, Tan

Air bacaan Yassin tajaan Nami telah pun tersedia namun
Imam masih belum juga tiba.

Bila terakhir tiba, Marini perlu bersalaman dengan terawal tiba.
Maizun, menantu arwah Kak Pah ringan tulang membuka
penutup botol air mineral bacaan Yassin

Kak Aziah masih tak puas-puas berbual dengan Tan, adik iparnya.
Maizun masih lagi membuka penutup botol.

Bang Osman Mohd. Isa mengimbau kembali kenangan honak
bersama Abang semasa membesar di Bakar Bata

Dunia mulai cerah kembali dengan ketibaan Imam Tuan Haji Dahalan
bersama pengapit-pengapitnya. Rupa-rupanya Tuan Imam tersesat
jalan dan telefonnya tertinggal di Kota Rentang.
Nak kata apa lagi, umurnya pun sama dengan kami , 66 tahun.

Alhamdullillah, Imam sudi kemari kerana banyak dah berebut
nak jadi Khalifah lebih-lebih Bang Osman Mohd. Isa.

Sobari, suami Kak Tam (Noorliza Mohd. Salleh) bersedekah
dengan mengedarkan naskah surat Yassin kepada yang
masih belum menhafal surah Yassin

Bersiap sedia untuk membaca Yassin memohon keberkatan
Allah S.W.T. semoga Bang Syun mendapat rahmat pemulihan
di atas kesihatannya.

Kamal pun turut membantu membuka air mineral bacaan Yassin
Manakala Hasnan, Basri, Bang Osman Md. Isa dan Sobari gagah
berada di kepala saf bertentangan dengan Imam.
Sememangnya darah Imam terpancar di wajah mereka berempat.

Memohon Tuan Imam Dahlan untuk menjadi khalifah bacaan
Yassin serta memimpin sanak saudara yang sudi hadir

Menerangkan tujuan majlis bacaan Yassin diadakan

Masing-masing khusyuk membaca Yassin memohon keberkatan Illahi
Super senior Mak Ngah di dampingi super senior Mak Chik Salmah dan Mak
Tam Mahani serta senior Kak Aziah

Super senior Mak Ngah dan Mak Chik Salmah pun sanggup hadir.
Mak Ngahlah yang paling selesa di atas settee empok di samping
mencipta sejarah apabila hadir di Majlis Bacaan Yassin di luar
kawasan jajahan takluknya. Ia mencerminkan betapa sayangnya
Mak Ngah kepada Abang.

Tiga bersaudara tetapi Mek Tetlah yang nampaknya
paling serius tidak mahu memperdulikan orang lain

Penyemakan terakhir makanan Kampong Pisang Villa
selepas selesai bacaan Yassin sama ada setanding dengan
hidangan Holiday Villa

Bang Osman Md. Isa bersama adik iparnya, Sobari Halim
memulakan serangan selepas khusyuk membaca Yassin
dengan penuh kekudusan

Nasrun pun tidak mahu ketinggalan menjaga imej
menantu Mak Ngah

Kurma kambing masakan Manzoor College

Pakar daging kambing terkenal di Kedah Utara, Kamal dan
Murtaza sudah lupa dunia pabila berhadapan Kambing Manzoooor.
Walau pun dah rebah tersungkur, namun kerana kambing
ku renanginya jua.
Itulah semangat wira yang dicari-cari oleh pakar perubatan.

Malik berseorangan membandingkan mutu
jamuan dengan yang telah dihidangkan
di Pondok Che Milang, Thailand.

Zam memberi ulasan selari mengenai Abangnya kepada
Kak Tam dan Tuniwati Mustafa, kakak Iparnya.

Mak Chik Salmah disebelahnya pun tidak nampak apabila
Yazan berhadapan dengan kambing Manzooor

Turut sama berkenduri ....
Tan dengan karipapnya dan Tunku Zaidah dengan
pulut seri mukanya

Tunku Zaidah turut menghidangkan pemanis mulut.

Bertambah serilah muka Tuan Imam Haji Dahlan dengan
Seri Muka yang dihidangkan Tunku Zaidah

Jutaan terima kasih Kak Tam sekeluarga

Mak Ngah masih sugul mengenangkan nasib anak saudara
kesayangannya

Zam menghidangkan Mak Ngah dengan seri muka menantunya
untuk menceriakan Mak Ngah

Namun Mak Ngah masih lagi berhiba walau pun dipujuk Marini

Walau pun Mak Ngah hiba, namun Nalin lebih lagi hiba.
Papa Young telah berjanji untuk menjodohkannya dengan
calon dari Satun. Semua urusan akan ditanggung beres oleh
Papa Young. Yang menjadi penentunya ialah pengakuan dari Nalin
sahaja iaitu "Yaaa, Nalin setuju."
Kini Nalin sudah pun bersedia ......tetapi Papa Young pula yang
dah tak bersedia
Sama-samalah kita berdoa agar Papa Young diberkati Allah S.W.T.
dengan pemulihan kesihatan yang unggul. Insya Allah

Post-mortem dengan Amin menjamu selera di bawah lukisan.
Bang Mansur tidak dapat datang dengan kerana berada di rumah
Sergeant Major Saiful Bahari di Bercham, Perak.
Sambutan dari keluarga amat mengkagumkan dan di luar
jangkaan. Cuma kurma kambing Manzooor yang kehabisan
awal disebabkan salah ramalan
Alhamdulillah bersyukur terhadap keredaan Allah S.W.T.
kasih sayang keluarga bukan dinilai dengan wang ringgit, ia ikhlas dari hati yang suci
ReplyDeleteBetoi...betoi!Hati yg tak suci dilihat daripada tindakan orang berkenaan.....
ReplyDelete