5
Hari Sabtu,
Pak Ali juga telah membina kerusi-kerusi panjang yang diperbuat daripada buluh yang ditempatkan bersebelahan dengan pangkin buluh serta juga di bawah pokok manggis. Pak Ali telah menjemput Imam, Haji Dahlan dan jiran-jiran terdekat untuk sama-sama menyambut kepulangan Johari di samping menjamu selera dengan buah-buahan yang telah dihimpun oleh Afiq.
Menjelang pukul sepuluh pagi, Afiq sudah pun selesai menyempurnakan tugasnya. Semua buah-buahan yang dipetiknya telah ditempatkan di atas pangkin buluh. Mak Cik Hasinah juga telah menyediakan pulut kukus, kelapa parut berserta ikan tamban tergeliat goreng. Mak Cik Hasinah selalu menceritakan kepada Afiq bagaimana anaknya Johari amat gemar sekali memakan pulut kukus, kelapa parut ikan tamban masin. Makanan inilah yang menjadi menu tetap Johari sebelum pergi ke sekolah.
Mak Cik Hasinah duduk di salah satu bangku panjang buluh di tepi pangkin buluh sambil menghisap rokok daun yang dibalutnya sendiri. Sambil menghembuskan kepulan asap rokok daun, pemikiran Mak Cik Hasinah merenung jauh mengenang nasib dirinya. Banyak hartanya telah dikorbankan bagi menampung keperluan Johari semasa menuntut ilmu sehingga ke peringkat ijazah Arkitektur di Universiti
Selepas memperolehi ijazah, harapan terpendam Mak Cik Hasinah ialah hendak menjodohkan Johari dengan Esah anak Pak Man Dagu. Esah adalah seorang guru berijazah yang mengajar di Kolej Sultan Abdul Hamid. Kesantunan dan kejelitaan Esah amat memikat hati Mak Cik Hasinah . Namun harapan Mak Cik Hasinah lebur berkecai apabila menerima
Johari sudah pun kembali ke
Bilik rumah yang hanya satu itu telah pun diperbaiki dan dicat semula untuk menyambut anak menantu. Kain langsir juga ditukar dengan kain cit warna kebiruan yang telah dibeli di Pekan Nat Tanah Merah. Afiq juga turut membantu Pak Ali membina jamban curah dan bilik air tiada berbumbung yang baru di luar rumah. Jamban yang lama sudah tentulah amat tidak sesuai dengan menantu mem.
Mak Cik Hasinah masih asyik mengelamun jauh meniti kepulan asap rokok daun yang dihisapnya. Bagaimanakah rupa dan perangai anak menantu aku. Apakah menantu aku akan memalukan keluarga atau pun sebaliknya. Beberapa jiran terdekat telah pun duduk di pangkin buluh menanti kepulangan anak kampong yang amat dikagumi oleh setiap penduduk kampong. Joharilah anak kampong pertama lepasan universiti dan beliaulah yang menjadi model kejayaan bagi setiap anak kampong Kelubi.
No comments:
Post a Comment