Monday, July 27, 2009

NUR HIDAYAH 8

8

Sejak daripada tarikh Johari menyumbangkan RM 300.00 untuk membuka simpanannya, Afiq bertekad untuk menyempurnakan semua pangakuan yang telah diberikan olehnya kepada Johari. Dengan semangat dari sumbangan bertuah Johari, Afiq telah mendapat pencapaian yang cemerlang di dalam semua peringkat peperiksaan. Dengan keputusan 5 A yang diperolehi di dalam UPSR, Afiq telah diterima masuk ke Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh di Sik.

Dengan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM, Afiq telah diterima mengikuti pengajian peringkat Australian Matriculation Progarmme selama tiga semester khusus untuk persediaan memasuki universiti di luar Negara. di Kolej Mara, Bangi. Dengan kelulusan cemerlang di dalam peperiksaan Australian Matriculation Programme, Afiq telah ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran tertiari di dalam bidang Akitektur di Universiti Victoria, Wellington, New Zealand. Universiti ini adalah di antara universiti tertua di New Zealand yang telah ditubuhkan pada tahun 1897 oleh Perdana Menteri New Zealand ketika iaitu Richard Seddon.

Johari terus mengotakan janji-janjinya dengan mengkreditkan ke dalam akaun simpanan Afiq di BSN sebaik sahaja Afiq melaporkan tentang kemajuan pelajarannya dan juga aktiviti Afiq membantu anak-anak yatim di dalam meningkatkan kecemerlangan pelajaran mereka. Setiap kali cuti sekolah, Afiq akan pulang ke Kampung Kelubi dan membantu pelajar-pelajar di kampung dalam subjek Mathematiks, Bahasa Inggeris dan Sains. Surau Kampung Kelubi adalah premis tempat Afiq menabur budi kepada anak-anak kampong.

Selepas kematian Pak Chik Mansur semasa Afiq di Tingkatan 2, anak-anak Pak Chik Mansur telah menjual rumah bersama tanah bapa mereka. Dengan ketiadaan rumah untuk menumpang semasa cuti sekolah, Pak Ali telah mempelawa Afiq untuk menumpang di rumahnya. Kemudian selepas itu, setiap kali cuti penggal, Afiq akan pulang ke Kampung Kelubi dan menumpang di rumah Pak Ali. Sebagai balasan kepada budi baik Pak Ali, Afiq turut membantu Pak Ali menyempurnakan kerja-kerja hariannya. Afiq juga terus membimbing anak-anak kampong di dalam mata pelajaran sains, matematik dan bahasa Inggeris di Surau.

Johari sering pulang ke kampong menjenguk Pak Ali dan Mak Cik Hasinah. Kerap kalinya Tuan Johari pulang berseorangan tanpa ditemani isterinya. Kalau isterinya pulang bersama, mereka akan bermalam di Hotel Grand Continental, Bandar Alor Setar. Isteri Tuan Johari, Khatijah telah melahirkan Aleeya semasa Afiq di Tingkatan Satu. Setahun kemudian, Pak Ali telah meninggal dunia dengan dituruti oleh Mak Cik Hasinah hanya berselang masa sebulan di antara mereka berdua. Selepas kematian kedua ibu bapa Johari, Afiq tidak lagi pulang ke Kampong Kelubi dengan kerana tidak lagi mempunyai tempat untuk menumpang semasa percutian sekolah.

Kalau cuti pendek, Afiq hanya menumpang di Asrama Sekolahnya. Kalau cuti panjang, Afiq menumpang di Rumah Anak Yatim Darul Aitam di Lorong Seri. Sebagai balasan kerana diberi peluang menumpang di situ, Afiq turut juga memberi tuition percuma kepada penghuni-penghuni di Asrama Darul Aitam. Di masa cuti panjang beginilah, Afiq amat terasa kesunyian tanpa belaian kasih sayang satu keluarga yang lengkap. Hanya anak-anak yatim di Darul Aitam yang mengubat ganti rindu kepada keluarganya..

Perhubungan Afiq dengan Johari adalah satu perhubungan yang amat unik. Johari tidak pernah meminta Afiq untuk menemuinya dan Afiq pula tidak juga meminta untuk menemui Johari. Perhubungan mereka berdua adalah melalui surat yang dihantar Afiq ke P.O.Box 2446 dan Tuan Johari pula melalui surat yang dihantar ke Sekolah tempat Afiq belajar. Afiq juga tidak tahu di mana Johari tinggal, hanya P.O. Box 2446 yang menjadi simbol keakraban perhubungan mereka berdua.

Johari amat mengambil berat tentang pergerakan dan kemajuan akedemik Afiq. Setiap kali Hari Raya Aidilfitri dan hari jadi Afiq, Johari akan mengirimkan kad selamat hari raya aidilfitri dan kad ucapan ulang tahun harijadi. Afiq juga tidak lupa menghantar balas kad sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada Johari di alamat P.O.Box 2446, Kuala Lumpur..

Johari bukan sahaja memasukkan perbelanjaan untuk menampung kos pelajaran Afiq sahaja, tetapi memasukkan juga peruntukan lain sama ada untuk pakaian seragam, pakaian biasa atau pun pakaian dan peralatan sukan. Afiq juga turut berjimat-jimat dengan wang sumbangan Johari dan juga biasiswa kecil Kerajaan Negeri yang diterimanya. Begitu juga Afiq berjimat-jimat dengan hasil yang diperolehi melalui kerja-kerja sampingan yang dikerjakannya semasa cuti persekolahan.

Dengan dorongan yang diberikan oleh Johari serta kesunyian yang sentiasa mencengkam dirinya, Afiq melepaskan bara kesunyian dirinya dengan melibatkan diri secara aktif di dalam bidang sukan dan ko-korikulum. Afiq kerap sekali mewakili sekolahnya di dalam bidang sukan dan ko-korikulum. Afiq juga merupakan tunggak kepada pasukan sekolahnya. Ketangkasannya bersukan dan ketajaman pemikirannya adalah faktor utama yang membantu pasukan sekolahnya meraih kajayaan di dalam aktiviti sukan dan ko-korikulum. Justru itu, tidaklah menghairankan kenapa Afiq amat diminati oleh guru-guru dan kawan-kawan sepersekolahan.

Walau pun dengan masa yang begitu terhad, semasa mengikuti kelas persediaan untuk pengajian di luar Negara, Afiq juga mengambil upah untuk mengajar al-Quran di rumah-rumah yang berdekatan dengan Kolej MARA di Bangi. Sebelum berangkat ke New Zealand untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, Afiq telah pun dapat mengumpulkan hampir RM 4,500.00 di dalam akaun Bank Simpanan Nasional.

2 comments:

  1. pakai 20 tahun pada laaaa... kesian kat belt tu, makin hari makin increase pressure and strain.. perut makin naik... elok la dia retire. you shouldt wait for it to break...shud retire the belt bila dah nampak sign of fatigue.. halim

    ReplyDelete
  2. Belt retire tak pa, jangan kita pula retire ikut belt.

    ReplyDelete